Antara Punca Kekecohan Bayaran Br1m
TAHUN INI,
2014, adalah tahun kedua kerajaan Malaysia memberikan sumbangan kepada
rakyatnya yang layak yang lebih dikenali sebagai BR1M (sebut brim) atau Bantuan
Rakyat Satu Malaysia. Malah pada tahun 2014, sumbangan tersebut diperluaskan
lagi sehingga kepada keluarga yang berpendapatan bawah RM4,000
Tentunya, negara berbuat demikian
adalah berkat kemeriahan ekonomi negara dan sebagai kerajaan yang bertanggung
jawab dan yang memegang prinsip Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan apa
sahaja kekayaan wajar dikongsi bersama-sama dengan rakyat jelata.
Pencapaian cemerlang negara dalam pelbagai bidang
termasuk ekonomi adalah juga berkat kegigihan serta keupayaan rakyatnya bersama-sama
mengendalikan negara ini. Makanya, semangat perkongsian kerajaan dan rakyat
sampai masanya diterjemahkan antaranya menerusi Br1m.
Namun, pemberian Br1m pada tahun ini
(2014) berlaku sedikit kekecohan biarpun
pihak terbabit sudah berbuat pelbagai pembaharuan dalam menguruskan rekod
penerimanya. Antaranya, berlaku kekurangan bayaran (terimaan) selain daripada
ada yang dinafikan haknya sebagai penerima. Mungkin tidak ramai yang terlibat
tetapi ini adalah soal hak. Dan setiap rakyat adalah berhak mempertahankan
haknya.
Justeru, maka ramailah pihak yang
memberikan respon serta beberapa cadangan balas yang akhirya memaksa kerajaan
mengkaji semula sistem pengagihan dan pembayaran daripada yang sedia ada kepada
satu sistem yang lebih sempurna atau mencapai tahap kecacatan kosong (zero
defect).
Secara kasarnya berdasarkan aduan, kekhilafan
itu berlaku kemungkinan besar disebabkan terdapat percanggahan atau keralatan
rekod pemohon atau mereka yang layak menerima.
Misalnya, tahun sebelum (2013) mungkin dia dalam kategori
bujang manakala tahun ini dia sudah berkeluarga. Tahun sebelum mungkin
pendapatannya kurang RM2,000 tetapi setelah berkeluarga mungkin pendatannya
melebihi RM4,001. Berlaku juga dahulu dia berkeluarga (atau ada isteri/suami)
tetapi kini sudah bujang/janda. Segalanya berkemungkinan sama boleh jadi. Itu
adalah antara kemungkinan-kemungkinannya.
Justeru, apa yang penting dalam kes
ini adalah ketepatan rekod setiap rakyat dan keluarga. Siapakah yang
bertanggung jawab menguruskan hal pengkalan data ini? Terpulang kepada kerajaan
untuk menyerahkan amanah itu.
Namun, satu hal yang perlu
ditetapkan adalah menetapkan tarikh atau bulan terakhir data yang digunapakai (untuk
pengemaskinian rekod peribadi). Manakala bulan mula dibuat pembayaran hendaklah
dua bulan selepas tarikh itu bagi memberi ruang mereka terbabit mengemaskinikan
rekod masing-masing jika terlibat.
Misalnya, bayaran bagi tahun 2015 adalah mengguna pakai
rekod terakhir pemohon yang layak pada atau sebelum 31 Januari, 2015. Bererti,
rekod terbaharu selepas itu tidak diambil kira atau ia digunapakai pada tahun
2016 (berikutnya).
Sebagai contoh, seorang bujang pada
tahun 2014 kemudian berkahwin pada 30 Januari 2015, maka dia layak
dikategorikan pemohon berkeluarga bagi tahun 2015. Tetapi jika dia berkahwin
pada 1 Februari 2015 maka, dia masih dikira sebagai penerima kategori bujang.
Pun begitu, yang menjadi masalah
bagi tahun 2014 ini adalah rekod yang sama pada tahun lalu (2013) tetapi
menerima pembayaran yang kurang dari sebelumnya malah ada beberapa kes pula hak
mereka terus dinafikan. Seolah-olah mereka ini tidak direkodkan pada tahun 2013
atau rekodnya telah diubah-ubah tanpa pengetahuan dan izin orang terbabit. Jika
ini yang terjadi, persoalannya apakah berlaku ketirisan atau kacau bilau dalam
pengendendalian data di jabatan berkenaan? Soalnya, mengapa dan apakah ada hal
disebalik kes itu?
Bagi mereka yang berkerja dengan
kerajaan dan swasta mungkin pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh
memperolehnya dengan mudah dan teratur tetapi barangkali ada sedikit masalah bagi pemohon yang berkerja sendiri.
Ada pemohon yang hanya berladang
atau berkebun atau berniaga kecil-kecilan namun dia berupaya memperoleh
pendapatan bulanan sehingga mencecah RM10,000 sebulan. Menserasikan status
pendapatannya itu dia juga mampu memiliki kereta mewah dan lori atau dengan
kata lain ‘hidup mewah’. Oleh kerana dia berkerja sendiri tentulah agak sukar
untuk mengesan kesahihan pendapatannya seperti yang dicatatkannya dalam borang.
Kerana dia juga mahukan pemberian kerajaan itu, maka
sudah tentu dia menipu rekodnya dengan menyatakan pendapatannya hanya RM1,200
sebulan. Tidakah ini satu penganiayaan telah berlaku? Tidakkah ini bererti ada
orang yang telah merompak hak orang lain atau paling tidak merompak wang
kerajaan pada keadaan sebenarnya dia tidak layak?
Nah, bagi kes-kes seperti inilah maka peranan orang yang
diberi autoriti untuk memperaku data peribadi anak buahnya hendaklah digunakan.
Mereka adalah seperti ketua kampung dan penghulu. Dan, satu badan pemantau
hendaklah diwujud dan digerakkan bagi memastikan penguasa terbabit telah
membuat perakuan yang sebenar-benarnya.
Dan, jika terdapat penyelewengan dalam perauan tersebut
maka mereka terbabit boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa lain termasuk
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika
BR1M ini masih berusia untuk tahun 2015, dalam tempoh tujuh atau lapan bulan
ini saya fikir pihak yang bertanggungjawab tentunya mempunyai masa yang cukup
untuk mengemaskini rekod-rekod yang ada agar kepincangan yang sama tidak
berulang di masa akan datang. Wallauhuallam..
Jagindas: Kupon
atau bocer khas pun boleh diseleweng juga... silap-silap ada pihak yang ambil
untung atas angin..Ingat tak, apa jadi sebahagian besar penerima pencen suatu
ketika dahulu apabila kerajaan membayar pencen menggunakan bocer bulanan yang
diberikan 12 keping sekali gus (ia itu untuk tempoh 12 bulan setiap tahun)?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.