Isnin, 19 Mei 2014

SPRM PUN PENING KEPALA

Mohd Shukri
Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi


TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya (operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri (gambar), berkata sepatutnya soal penyelewengan subsidi diesel dibanteras oleh pegawai bagi pihak berkuasa terbabit dan bukannya SPRM. Namun, katanya, pihaknya terpaksa bertindak sama berdasarkan dari sudut isu rasuah. (berita selanjutnya di sini).
            Allahhuakbar! Nak apa lagi. Nak pangkat , diberi apangkat. Nak gaji lumayan, dah diberi naik gaji dan bermacam-macam elaun serta insentif. Malah macam-macam kemudahan dan infra telah disediakan.. Nak apa lagi???
Makanya, terlintaslah dibenak penulis dan rakan-rakan yang mendengar kenyataan Shukri itu menerusi Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi, bahawa apakah barangkali itukah sebabnya aktiviti judi haram, pendatang haram (masuk tanpa permit sah atau yang menyalahgunakan permit) dan beberapa aktiviti haram yang lain beleluasa tanpa segan silu jauh sekali berasa curiga dan takut terhadap pihak berkuasa...
Atau, barangkali juga mereka bergerak berstrategi tinggi, licik sedangkan pihak berkuasa kita terbatas bilangannya!
Namun, janganlah menjadi perangai si burung pegar...... Sayangilah negara kita.
Kalaupun tak mampu untuk menyumbang lebih, janganlah pula sampai sangup menghancurkannya.      
Sesungguhnya perbuatan yang sebegitu ibarat menjual negara atau merobek kehormatan negara sendiri; dan tambah malang sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ketika masih ada masa untuk bertaubat, bertaubatlah dan kembalilah membetulkan saf masing-masing.., InsyaAllah.

           

Jagindas:  Patutlaaa...(urut dada)!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.