Dyana.. semoga berjaya |
Bagaimana Yang Belot Kepada Negara?
YAMMY SAMAT, ibu kepada Dyana Sofya Daud, calon DAP
dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menolak
tanggapan ramai bahawa beliau adalah pembelot kepada parti Umno yang dokongnya
sekarang berikutan sokongan dan komitmen penuh terhadap anaknya itu.
Malah
beliau yang juga ahli Umno Ipoh Barat, menyifatkan tidakannya menyokong perjuangan
anak serta turut berkempen bagi memastikan kemenangan Dyana dalam PRK itu nanti
sebagai satu tanggungjawab dan kewajibannya sebagai seorang ibu.
Katanya;
“…isu pembelot bangsa tidak timbul kerana orang Melayu pun ramai yang belot
sesama sendiri..” (selanjutnya di sini)
Saya tertarik dengan kalimat Yammy yang mengistilahkan
“pembelot”. Sepintas lalu dan secara peribadi benarlah seperti yang dikatakan
beliau itu. Dalam kes ini, Yammy hanyalah belot terhadap parti (umno).
Ringkasnya, belaiu sekadar pembelot Umno. Kesalahannya itu tidaklah seberat
mana jika dibandingkan dengan mereka yang belot terhadap negaranya sendiri.
Penguatkuasa
yang tidak menjalankan amanah malah sebaliknya menggunakan ‘bajunya dan kedudukannya’ itu untuk kepentingan diri sehingga
aktiviti haram beroperasi berleluasa bahkan secara terbuka, sehingga sanggup
membawa dan melepaskan pendatang haram berkembang biak di negara ini, bertindak
membantu melepaskan pelbagai kesalahan yang dilakukan ‘pelaku’ dengan tawaran
terentu sehingga ramai orang awam yang menjadi mangsa kesan daripada ‘kemewahan’
yang mereka kejar; apakah ini amat kecil dosa dan salahnya terahadap negara?
Apakah ini bukan pengkhianat? Pembelot?
Pengkhianat
dan pembelot terhadap negara lebih teruk berbanding mereka yang belot terhadap
parti politik yang dianggotainya. Rakyat harus fokus dalam menyebut dan
menghukum seseorang sebagai pengkhianat, Jangan sampai yang kecil
dibesar-besarkan manakala yang besar pula dikecil-kecilkan.
Jagindas: Dyana..I LOVE U. Yammy mummy, tunggulah surat ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.