Sabtu, 20 Oktober 2012

JANGAN PAKSA DIRI

ADNAN YAAKOB

Kalau Dah Letih Berundurlah...


APAHAL pulak ni Tok Nan?  baca di sini dan klip video di sini

Kalau sudah letih, berihat sahajalah. Jangan jadi beban pulak pada parti. Kita ni nak menghadapi pilihanraya umum. Takkanlah tak faham-faham lagi. Memanglah, sesuatu isu itu timbul adakalanya memang ia betul-betul terjadi dan adakalanya pula ia sengaja-sengaja ditimbul-timbulkan.
            Dalam kes tanah adat orang asli di negeri Tok Nan ni, tentulah Tok Nan lebih memahaminya. Apapun natijahnya, hadapilah dengan tenang dan bertanggungjawab.
            Sebagai Menteri Besar dan sebagai orang politik, kita boleh marah dan bengang tapi jangan jadikan tindakan kita itu orang marah dan bengangkan kita. Parti yang jadi mangsanya. Takkan tak faham-faham kut... Tarik rambut dalam tepung Tok Nan...
            Orang UMNO yang macam Tok Nan ni banyak. Jadi, yang macam inilah kita kena tamatkan perkhidmatannya untuk kesejahteraan parti dan undi. Jangan di calonkan lagi. Letih kita dibuatnya. Sebab, dia pun dah letih nampaknya.


Jagindas: banyak lagi....

APA MASALAH SPRM?


Rakyat Semacam Hilang Sabar

SEJAK sebulan dua kebelakangan ini boleh dikatakan setiap hari ada sahaja individu, NGO dan orang-orang politik yang meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) supaya segera menyiasat kes yang dikaitkan dengan korupsi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Talam Cooperation.
            Gesaan demi gesaan ini ada kalanya terasa muak untuk dibaca di media-media cetak mahu pun didengar di media elektronik berikutan respon daripada pihak berkenaan yang dirasakan lembab.
            Ini bermakna, rakyat mendapati pihak SPRM dilihat agak lambat mengambil tindakan terhadap kes-kes tersebut sehingga barangkali ia seperti menimbulkan rasa ragu-ragu dan curiga terhadap badan itu.
            Kes tersebut dikatakan besar impaknya kepada kepentingan negara. Rakyat bukan sahaja bimbang dengan keselamatan negara bahkan ramai yang dipercayai teraniaya.
            Justeru, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh badan berkenaan sehingga jadi demikian?
            Apapun, kita percaya kemampuan, keprofessionalisma serta ketelusan badan terbabit menangai isu tersebut. Mencari kes mungkin mudah tetapi menjadikan ianya sebuah kes tidaklah semudah itu.



Jagindas: Seorang rakan saya berkerja dalam salah sebuah syarikat GLC dengan pendapatan lebih RM300,000 setahun, tetapi beliau adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat (PR).

SEMBANG SABTU

TENGKU AHMAD RITHAUDDEEN... Pengerusi

Jangan Sabotaj Parti Atau Bersedia Dipecat


TAJUK MENARIK isu tempatan di akhbar hari ini bagi penulis adalah mengenai penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana ahli yang melakukan sabotaj ke atas parti serta calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
            Antara lain, menerusi jawatankuasa itu tindakan disiplin ke atas mereka terbabit dapat dilaksanakan dengan cepat manakala ahli UMNo yang terbabit dalam kes sabotaj parti dan BN boleh di kenakan sehingga ke peringkat memecat keahlian mereka.
            Dilihat dari segi perspektif parti khususnya menjeang pilihanraya umum, matlamat dan tanggungjawan jawatankuasa berkenaan memang diperlukan berdasarkan pengalaman lalu - pilihanraya 2008.
            Apapun, sesuatu yang wajar dijadikan panduan kepada pengerusi BN adalah ketepatan serta ketelusan pemilihan calon sebenarnyalah yang akan menentukan berlaku atau tidaknya kes-kes pensabotajan nanti.
            Memang, adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun kesesuaian calon sama ada calon daripada tempatan mahupun "payung terjun" ianya hendaklah terlebih dahulu mendapat restu secara majoriti pengundi di kawasan terbabit.
            Mereka yang menjadi "pelapor" hendaklah melaporkan dengan telus tanpa berat sebelah, tiada sebab-sebab kepentingan diri serta penuh bertanggung jawab. Agensi-agensi seperti unit Cawangan Khas (SB), Risikan Tentera, Jabatan Penerangan, Kemas, Rela dan lain-lain adalah antara mereka yang barangkali terbabit dalam menentukan keputusan yang dibuat oleh pihak atasan parti.
            Justeru, tugas jawatankuasa berkenaan seharusnya bermula dengan melihat calon yang dipilih oleh pusat atau negeri kerana ia dipercayai boleh mendatangkan kesan yang besar apabila majoriti pengundi setepat tidak merestui calon yang terpilih. [baca berita di sini]


Jagindas: buatlah pemilihan calon yang telus jangan jerlus!


Jumaat, 19 Oktober 2012

GEREJA GUNA NASYID

JACLYN VICTOR

Jaclyn Victor Diperalat

ISU kontroversi lirik dalam lagu yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor yang disifatkan sebagai nasyid gereja menjadi perbualan ramai malah telah juga mendapat perhatian ahli politik dan pihak yang terbabit dengan isu berkenaan baca baca di sini.
            Jaclyn mungkin antara penganut kristian yang telah dipergunakan oleh pihak tertentu (sama ada secara disedari mahupun tidak) untuk dijadikan medium mengembangkan "nasyid" tersebut kepada khalayak. Jelasnya, ia bertujuan sebagai mempengaruh dan menyesatkan umat Islam secara halus.
            Tindakan mereka ini barangkali ada kaitannya dengan kemeriahan dan perkembangan lagu-lagu nasyid berunsur Islam di corong-corong radio dan televisyen. Manakala, nasyid gereja tidak dibenarkan berbuat demikian atas sebab agama Islam adalah agama rasmi negara.