Khamis, 26 September 2013

AL-FATIHAH...

Azizan Razak Meninggal Dunia

BEKAS Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilaporkan telah kembali ke-rahmatullah pagi tadi akibat masalah jantung berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah setelah bertarung dengan komplikasi penyakit sejak beberapa bulan lalu.
                 Beliau dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi semalam. Begitulah, daripada Allah kamu datang dan kepada-Nya jua kamu pergi. Semoga roh kamu aman damai di sana.
            Buat yang masih hidup, biarpun kematian itu sesuatu yang biasa kita lihat, namun itulah hakikat bahawa mati itu benar.
            Justeru, tatkala berdiri megah di atas bumi ini, tatkala suara mampu membelah benua, saat kekuatan mampu meruntuhkan gunung sekalipun, berwaspadalah bahawa kematian itu sentiasa menanti dipenghujung yang kita sendiri tidak tahu di mana noktahnya melainkan setelah disahkan matinya kita.
            Ingatlah kata orang tua-tua:"....barang siapa yang banyak cakap, akan berlakulah banyak silap dan barang siapa yang melakukan banyak kesilapan yang sama berulang-ulang maka di situlah dosa-dosa terhimpun. Dan, janganlah hendaknya sampai himpunan dosa itu melampui pahala kerana azab-Nya amatlah perit.." - Na'uzubillah minzalik.



jagindas: Yang mati tetap mati namun yang hidup teruskanlah menabur bakti.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.