Laman

Jumaat, 6 Jun 2014

SIAPA YANG SALAH FAHAM – YEOH ATAU KHALAYAK?

Atau Itukah Sebenarnya Terbuku Dikalbu

Pengarah Urusan Kumpuan YTL, Francis Yeoh (gambar), dibidas berikutan kebaculannya menyindir kerajaan yang kononnya Yeohmenyifatkan seolah-olah kerajaan tidak telus dalam membahagi-bahagikan kekayaan negara (menerusi projek-projek besar dan kecil). Baca di sini.
            Memang sudah dijangka, apabila berita keluar di media; pertama,Yeoh akan menyalahkan pihak media atau awam yang kononnya khalayak tersalah tafsir maksud percakapannya dan kedua, dia akan mohon maaf, sedih dan seterusnya akan menyanjung kembali negara ini.
            Dan, itulah yang berlaku siang tadi. Memang, kita tidak boleh meneka dengan tepat maksud tersirat yang setulus-tulusnya daripada lontaran suara yang dizahirkan mulut seseorang melainkan dia sendiri. Malah, Tuhan (Allah) pun menyatakan dengan jelas kepada malaikat bahawa kerja hati seseorang itu adalah urusan-NYA.
Justeru, apabila berlaku satu kenyataan yang agak ‘janggal’ maka, bebaslah khalayak mentafsirnya berdasarkan struktur ayat dan perkataan yang digunakannya ketika melafazkannya.
            Secara zahir, apa yang diucapkan Yeoh itu dia tidak boleh menepis lagi pertuduhan yang dibuat oleh media dan khalayak. Jelas dan terang Yeoh telah bersikap kacang lupakan kulit, bongkak, angkuh serta sombong.
            Kalau diperhalusi lagi, apakah Yeoh dengan sengaja dan dirancang menuturkan kata-kata sebegitu sebagai tanda sokongan politiknya terhadap satu pihak lain?. Kita sedia maklum, kekayaan negara ini secara puratanya adalah milik kaum cina. Keangkuhan kaum cina terhadap mengaut keuntungan daripada hasil mahsul berkat dari kemakmuran iklim politik negara tidak dapat dinafikan lagi.
Jadi, barangkali sampai masanya mereka berpendapat tidak lengkaplah satu kaum yang kaya raya itu tanpa memiliki kuasa memerintah yang total.
            Kalau kita melihat kembali daripada beberapa kes keterbaculan puak-puak seperti ini, pengkahiran ceritanya adalah bermohon maaf, kesal dan insaf. Kalau budak-budak, ayat dihujungnya adalah “saya janji tak buat lagi”. Selepas itu, keadaan menjadi sejuk, aman dan nyaman semula. Kemudian berketawa besar di meja makan tanda kita bersahabat, bersaudara.
            Taktik bacul membacul secara terbuka dan profesional ini dilihat sebagai satu mainan yang halus lagi licik oleh pihak-pihak tertentu dan berkepentingan.
            Namun, itu sebenarnya tidak penting bagi mereka. Bagi mereka seolah-olah bermohon maaf dan insaf secara terbuka mahupun merakamkannya di dada media tidak lebih sebagai prosedur berkomuniti. Apa-apa sekali pun mesej yang mahu dilontarkan sudah pun didengari dan disampaikan kepada khalayak terutama bagi puak-puak yang sememangnya mahukan kenyataan-kenyataan seperti itu terpacul daripada mulut bukan calang-calang orang.
            Barangkali, selagi selagi dasar 1M itu tidak mengikut tafsiran mereka, maka amatlah sukar bahkan mustahil bagi Malaysia mencapai idenditi khusus bangsa rakyat di negara ini sebagai “Bangsa Malaysia”. Akhirya, kita terpaksa mengekalkan kaum dalam data-data peribadi mengekalkan rakyat sebagai Rakyat Malaysia. Sepatutnya, Rakyat Malaysia dan Bangsa Malaysia adalah dalam maksud yang sama. Tetapi kita masih gagal memaktubkan demikian kerana masih ada pihak yang mentafsirnya dengan menafikan beberapa  peruntukan dan klausa dalam perlembagaan negara khsususnya untuk orang Melayu dan Islam di negara ini.
            Islam tidak jumud. Antaranya, Islam mengerahkan umatnya mengejar kemajuan, dan permodenan. Tetapi, segala bentuk kemajuan dan permodenan itu tetap dan mutlak berlandaskan Islam. Tidak terkecuali daripada sebarang hukum melainkan atas sebab-sebab darurat. Makanya, setiap aktiviti yang dilakukan dikahiri dengan “..berlandsakan syariat atau Islam”. Kerana, itulah syarat mutlaknya yang mesti (bukan harus) dipatuhi oleh semua umat Islam.
            Ironinya, ketika negara memperkenalkan konsep SATU MALAYSIA (1M) kira-kira dua tahun lalu, tidak disebutkan (dan barangkali juga tidak dimaktubkan) dengan ‘syarat’. Syaratnya di situ adalah “...berlandaskan perlembagaan Malaysia atau persekutuan” – SATU MALAYSIA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
            Barangkali, ketika itu kita beranggapan sebagai rakyat tentulah secara automatik memahami bahawa apa sekalipun perlembagaan negara tetap dijadikan asas dan teras pemikirannya. Tetapi, pada masa sama kita sendiri melihat ramai yang menyanggah dan mempertikai terhadap ketetapan-ketetapan dalam perlembagaan. Bukan sahaja orang cina dan india, orang melayu juga semakin berani berbuat begitu.
            Sesuatu dasar hendaklah ditulis dan sebut dengan jelas. Rakyat Malaysia perlu dibeginikan setiap masa. Kalau tidak, mereka akan mengambil kesempatan memanipulasinya sehinggakan jika kita gagal mengawalnya dasar itu sendiri akan jadi “ibarat senjata makan tuan’.
            Bagi mereka apabila disebut berulangkali 1M, bermakna semua rakyat yang telah dirakyatkan mempunyai hak sama rata. Oleh kerana kaum mereka telah lebih dahulu mengungguli ekonomi dan pendidikan, makanya dari segi ‘merit’ orang melayu pasti akan tenggelam.
            Lantas, 1M bagi mereka adalah satu konsep, prinsip dan dasar yang membolehkan setiap orang mempunyai hak yang sama termasuk untuk menduduki tampuk utama kepemimpinan negara. Sebab itu, sejak kebelakangan ini kita lihat minat pihak-pihak tertentu untuk mempertikai, mempermain dan memperlekeh beberapa kandungan dalam perlembagaan negara semakin berani dan terbuka. Kerana, dasar dan sebutan 1M itu tidak disatukan dengan frasa “berlandaskan Perlembagaan Malaysia”. Ia sewajarnya digazetkan sebagai: SATU MALAYSIA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Atau kalau mahu diringkaskan disebut sebagai 1MBP.
            Justeru, saya tidak terkejut atau kehairanan jauh sekali berasa pelik jika selepas ini, berlaku banyak lagi kes-kes kebaculan seperti yang dilakukan oleh Yeoh. Mulut manis seperti gulu, di hati bagaikan hempedu.
            Kita tidak manis mengatakan mereka ini golongan yang tidak bersyukur. Sebab, mereka bukan Islam. Bersyukur itu bagi orang Islam wajib. Dan wajib itu adalah salah satu hukum yang telah ditetapkan dalam Islam. Jadi, kita hanya boleh kata, puak-puak seperti ini adalah golongan yang tidak tahu berterima kasih dan bolehlah ditambah sebagai bongkak, sombong dan apa-apa yang seumpamanya.


Jagindas:  klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.