DATUK HARON DIN |
Walaupun Kita Memiliki Ilmu Yang Tinggi
Timbalan
Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din meminta semua pihak tidak mengaitkan Pas
dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas
Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar atau dikenali juga sebagai MJ Akhbar,
yang berfahaman liberal di
sini
''Itu tindakan dia
(Anwar) sendiri. Anwar pun ada caranya. Dia pun tak tubuhkan parti Islam, dia
tubuhkan parti Keadilan (Parti Keadilan Rakyat-PKR). Tak apalah itu pandangan
politik dia," katanya.
Soalnya Datuk Haron, bukan masalah PKR tidak menubuhkan
kerajaan Islam atau tidak, apa yang dimusykilkan adalah Anwar itu (setakat ini)
adalah orang Islam. Dan, apakah hukumnya orang Islam yang bersekongkol dengan
mereka yang menyanggah rukun dan syiar Islam. Ini kerana, MJ Akhbar sendiri memperakui bahawa sebagai
seorang Islam tidak semestinya seseorang itu menunaikan sembahyang lima waktu,
berpuasa dan sebagainya.
Dengan kata lain, MJ menyifatkan rukun Islam yang lima bukanlah
satu rukun yang wajib mutlak ditaati oleh umat Islam malah ia boleh
dilonggar-longgarkan mengikut kesesuaian masing-masing. Seolah-olah tiada dosa
dan pahala!
Tidakkah ini amat bertentangan dengan syiar Islam? Oleh
itu, wajarkah kita sebagai orang Islam membiarkan apatah lagi merestui
perbuatan, pelakuan dan fahaman yang jelas bertentangan dengan Islam?
Usahkan Pas, UMNO sendiri tidak sampai begitu sekali pandangannya
terhadap rukun dan syiar Islam.
Justeru, Datuk Haron, jangan pandang remah perkara-perkara macam ini. Benda-benda yang terkait dan kait mengaitkan eloklah diteliti dengan sempurna sebelum kita meletakkan kesimpulan. Ini kerana, sebagai ulamak pendapat, pandangan dan keputusan tuan-tuan menjadi pedoman dan ikutan khalayak umat Islam sejagat.
Maafkan saya di atas keceluparan ini.....Assalamualaikum.
Jagindas: sudah terang
lagi bersuluh, semudah itukah kita disesatkan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.