Gerakan Wahabi Juga Mengelirukan
Umat Islam
SELEPAS mengenali sepintas
lalu tentang fahaman Syiah yang
penulis paparpan sebelum ini (di
sini), berikut pula penulis paparkan sedikit info tentang fahaman Wahabi. [mohon dibaca]
WAHABI (Dalam Bahasa Arabnya: Al-Wahhābīyya الوهابية) atau
Wahhabisme adalah satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh
ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul
Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga Diraja Bani Saud yang
memerintah negara Arab Saudi sejak tahun 1924 lagi. Wahabi bukanlah suatu
mazhab akidah ataupun mazhab fikah. Ia adalah sama seperti Syiah iaitu satu
Fahaman Eksrim.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Gelaran ini telah diberikan oleh British dan Yahudi berikutan mereka melihat gerakan golongan ini ini mengancam kepentingan dan penjajahan mereka.
Kecenderungan puak-puak ini adalah menggelar-gelarkan
orang sebagai satu alat memecah belahkan orang Islam. Selain mengganggap mereka
sebagai pendokong wahabi, puak ini juga menamakan kumpulan gerakan mereka
sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "Satu Tuhan".
Dari sudut pemikiran
agama Islam, golongan wahabi ini adalah berasaskan ajaran Imam Hambali (ahli
sunnah wajamaah satu daripada imam mazhab yang empat) manakala rujukan
akidahnya pula mereka terpengaruh dengan tafsiran Ibn Taimiyyah. Maknanya, faham
Wahabi ini adalah sebagai pelapis yang memperjuangkan tafsiran fahaman Ibn
Taymiyyah.
Di negara-negara seperti Arab
Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania fahaman wahabi
begitu dominan.
Antara kepelikan dalam fahaman wahabi ini adalah
seperti berikut:
1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah.
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Seorang kiyai terkenal di Indonesia, Sirajudin Abas, dalam ketika mengupas mengenai kefanatikan fahaman Wahabi dalam bukunya berjudul '40 Masalah Ugama', menyatakan bahawa antara perkara moden yang dibawa oleh pengikut wahabi di bawah pimpinan Muhammad Abdul wahab adalah seperti berikut :
1. Apabila mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) pengikut hendaklah menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
2. Dalam melaksankan hukum fiqah (Fiqh) pengikut dibolehkan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
3. Rujukan mereka hanya dengan mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat / jelas sahaja. Mereka tidak memerlukan ijma ulama dan qias. Kedudukan majlis Ijma' ulama' dan qias hanya sebagai alternatif jika sesuatu masalah itu diambil berdalilkan al Quran dan hadis.
4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau.
8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis Nabi (saw) jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.
12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
13. Azan tidak boleh berlagu.
14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
15. Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr /nyata dalam Solat.
16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu
Jagindas:Pun tidak selari dengan ajaran sebenar dalam Mazhab Shafie...
Definisi wahabi
BalasPadamGolongan yang tidak merekacipta ibadah. Golongan yang mengikut sunnah ajaran nabi saw seratus peratus dalam beribadah.
Saya memeluk islam pada 2010.terlalu banyak tuduhan dan dilabel wahabi oleh pihak-pihak tertentu tentang amalan sesetengah orang.Saya yang masih baru dalam islam tidak tahu apa itu wahabi ketika itu.Setelah tahu saya masih keliru.Hanya setelah saya menjalankan pembedahan pada 2018 dimana saya dapat sijil cuti sakit yang panjang yang membolehkan saya menghadiri forum islam di bank rakyat.Tetapi setelah teliti fakta dan perbandingan sedikit sebanyak saya dapat keyakinan bahawa golongan yang dituduh "wahabi" berada di landasan yang betul dan tegas dalam amalan agama.itu tidak bermakna fahaman lain tidak betul tetapi Apa yang islam ajar.secara logiknya mereka amalkan.Sekarang saya tidak kisah orang nak label apa tentang wahabi yang penting mereka ikut agama dengan tegas dan benar.
BalasPadamFahaman wahabi memang kita nampak sama dgn ahli sunnah wal jamaah pada fiqh dan perkara lain...tapi berkaitan dengan aqidah, sangat berbeza
PadamWahabi mentajsimkan ALlah sedangkan ahli sunnah mengatakan ALlah itu "ليس كمثله شيء"
Fahaman mereka sangat lain dri ahli sunnah, dan puak wahabi ini mengatakan yg Asya'iroh dan maturidiyyah yg merupakan ahli sunnah wal jamaah adalah sesat.
Anda tak boleh mengatakan "tidak kisah" sebab ini berkaitan aqidah kita sendiri. Tersgt2 bahaya. Jika tersasar sedikit boleh mmbawa kita kepada kesesatan, jadi berhati2 lah
Perkara tauhid nie byk lagi kita perlu belajar, bacalah kitab ummul barohin, bidayatul hidayah dan kitab2 tauhid yg lain, smoga kita tak keluar dri fahaman ahli sunnah wal jamaah.
WaLlahuàlam
Masalh nya timbul yg di cop wahabi ni terapkan sunnah rasulullah. Takde pulak mereka ni Kafirkan orang sesuka hati dan mereka ni takde pulak jisimkan allah.
PadamMereka Lg berpegang kepada “Tidak ada sesuatu apapun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Asy-Syura :11). Pom di cop wahabi. Asal kena tegur je wahabi. orang yg wahabikan org la dia sndri yg wahabi jisimkan allah. Dia belajar nur muhammad sampai kata muhammad tu tuhan. Takde satu ahli sunnah wa jamaah pegangan aisyairah maturidiyyah mengatakan sifat nur muhammad wahdatulwujub ni pegangan ahli sunnah wajamaah dan mereka mngatakan sifat nur muhammad ni bathil Tapi kat malaysia ramai ustaz2 duk uarkan2 bnda ni. Siap kata depa ni ahli sunnah wa jamaah. Depa berselindung diatas nama tu
sy bukan la ustaz...cuma yg sy faham,golongan wahabi ni bukan lah terpesong pada asalnya...cuma mereka terlalu berpegang pada alquran dan hadith semata2...zaman rasulullah dan sahabat ok lah nk hidup mcm tu sbb ada mereka utk menjawab sebarang permasalahan...skarang kita hidup zaman ulama...sbb tu la qiyas dan ijmak ulama kna ambik kira zaman skarang....dan para ulama pn xkn kluarkan fatwa tanpa merujuk alquran dan hadith...mcm contoh hukum jual beli ngan vending machine....kna ada akad jual beli..dlm hadith hurai pasal jual beli ngan vending machine....jd ulama pn berbincang dan keluarkan fatwa hukum jual beli dngn machine(ijmak ulama) n bnd ni xde dlm hadith....tu la maksudnya selain alquran dan hadith,qiyas,ijmak ulama pn kna ambik kira...sedangkan golongan wahabi hny terima quran dan sunnah...lg teruk ada yg ckp zaman nabi xde mazhab...nabi xamalkan mazhab...so mereka tolak pandangan mazhab....ikut quran dan hadith...bukan ckp quran dan hadith tu salah...cuma zaman skarang ada permasalahan yg bukan direct bleh kluarkan dr hadith(mcm vending machine td)
Padammereka tidak tolak mazhab tetapi tidak terikat dengan pandangan satu mazhab. mereka mengambil pandangan daripada 4 mazhab. kita semua ni pun tak terikat dengan satu mazhab. cuma tak sedar diri sahaja.
Padamwahabi bodo
BalasPadamJgn memfitnah. Islam akhir zaman menjadi 73gulungan. Syiah juga mengaku mereka Islam. D mana kita yg mengamalkan AlQuran & Sunnah Nabi.....
Padamentah la..
BalasPadamWahabi tu termasuk syiah kea?
BalasPadamWahabi lain, syiah lain. Dua² fahaman yang berbeza. Tapi dalam kategori yang sama.
PadamWahabi ajaran aliran pecah belahkan agama, fahaman memesong sehingga jerumus ke neraka tanpa sedar yg hanyut dlm takwil mereka sendiri...
BalasPadamTapi orang yg saya kenal dituduh wahabi sebab dia tegas memberitahu pasal bidah cuma dalam aqidah, dia tidak takwil ayat2 mutasyabihat pun. Saya hairan
PadamPernah tak anda dengar golongan yang digelar wahabi ini mendakwa golongan selain mereka kafir dan buktikan mereka hanyut dalam takwilan mereka?
PadamMasyaallah ...
BalasPadamIni adalah fitnah ke atas Ulama ulama Salaf yg memperjuangkan aqidah tauhid yg sebenar kepada ummat.Semoga kalian diberi petunjuk oleh Allah untuk sertai gerakan Wahhabi insyaallah.
Aslm, sy bukan org yg layak bercakap tentang fahaman2 ni. Bagi sy apa saja amalan yg tidak menjejaskan akidah kenapa perlu dibuang. Dan golongan wahabi seringkali tidak sedar bhw mereka sebenarnya mrmcahbelahkan umat islam apabila melabel amalan itu salah amalan ini tak betul, amalan yg itu boleh masuk neraka. Ya mmg betul amalan tahlil contohnya klau tidak dilakukan tidak mengapa tp bila dilakukan jgn pulak dihentam oleh golongan wahabi. Dan kalau tidak dilakukam pun jgn lah org lain memandang serong. Raikan perbezaan pendapat jgn sampai akidah terjejas.
BalasPadamWahabi ikot 100% Quran Dan hadis pon kena kutuk..dah Nabi pesan akhir zaman golongan yg selamat ialah yg ikot Quran Dan hadis.
BalasPadamUlama pewaris nabi.mereka tmpt rujukan selepas nabi.kita org awam berapa byklah kitab kita dapat kaji
BalasPadamUlama yang ikut nabi ja yang pewaris nabi yang tak ikut tu bukan
PadamTak payahlah nak kutuk Wahabi ke Ahi Sunnah wal jamaah ke atau golongan mana ke
BalasPadamKita yang kurang arif ni elok berdiam jer daripada berbuat dosa
Adalah lebih elok kita mendalami agama ikut aliran yang kita fikir sesuai.
Yang penting keimanan kita kepada Allah snt, Nabi Muhammad saw dan Al-Quran dan hadith.
Wahabi xikut mazhab sedangkan khilaf itu dtg dari para sahabat dan isteri nabi
BalasPadamAhlisunnah itu mengikut sunnah' bukan mereka2, mengada2kan amalan. Rujukan mutlak hanya dari alQuran dan sahih hadith' selain itu hanya anggapanmu sahaja
BalasPadamSaya sokong kapt (B) Azam
BalasPadamRamai sgt yg suka meng wahabi kan org sekarang. Maksud wahabi betul pun ramai yg tak tau. Ustaz sama ustaz pun bergaduh. Pengikut lg le. Byk benda yg kita biasa buat dari kecik, bila ada yg bg tau bukan sunnah, dah mula kita wahabi kan. Kdg bukan org tu kata haram pun. Semua di wahabi kan.
BalasPadamGulungan PAS sangat mudah terperdaya unsur2 fahaman Wahabi dan Syiah, kerana mereka terlalu mengaku sangat arif ugama, jadi Allah SWT beri ujian lebih kuat sehingga mereka mudah terpesong, Wallahualam.
BalasPadamnak baca komen x boleh . semua terang wallpaper terang tulisan putih.. 🧐
BalasPadamAde 3 aqidah yang bertentangan dengan islam :1.Syi'ah,2.mu'tazillah dan yang ketiga khawarij
BalasPadam