DENGAN IHSAN Akhbar Sinar Harian |
Pemuda Pas Dakwa Penyokong Kerajaan Yang
Taja!
KALAU pasal buat serkap jarang cukup laju. Sepantas
kilat. Bunyinya pulak macam guruh berhalilintar. Apa buktinya "parti"
yang menyokong kerajaan 'menaja' kalender ini? Sudah siasat? Jelas?
Kalau
sudah jelas dan terbukti, apa ditunggu lagi laporlah kepada polis atau pihak
berkuasa yang berkenaan. Ambil tindakan mahkamah dan saman kaw-kaw! Juta-juta.
Biar depa tergeolek anjing nak bayo!
Ceritanya klik di
sini.
Wahai
saudaraku Hasbullah Ridzuan, bila kamu mendapat musibah macam itu, pertama
ambillah masa bertenang (supaya syaitan tak mudah jadi orang ketiga),
berastaghfarlah banyak-banyak, tunaikanlah sembahyang sunat (minta petunjuk
Allah bukan God), lepas itu buat siasatan awal serta terperinci.
Kalau tidak tahu hendak membuat siasatan, mintalah bantuan daripada mereka yang arif. Kumpulkan bukti secukupnya. Jika ada kes boleh dibawa ke mahkamah, maka buat laporan polis. Bukannya terjerit-jerit terlolong-lolong di media-media. Polis pun banyak kerja nak buat bang.
Kalau tidak tahu hendak membuat siasatan, mintalah bantuan daripada mereka yang arif. Kumpulkan bukti secukupnya. Jika ada kes boleh dibawa ke mahkamah, maka buat laporan polis. Bukannya terjerit-jerit terlolong-lolong di media-media. Polis pun banyak kerja nak buat bang.
Jadi
ikut step dan aturanlah.. Bab-bab
lain tahu kamu ajak media ramai-ramai pi balai polis buat laporan. Hei,
professionallah sikit bang... Janganlah bertindak macam manusia sebelum perang.
Kata berilmu....
Seperkara
lagi, jika ditakdirkan dalam siasatan nanti berlaku yang melakukan honar itu
adalah dari kerabat 'ente' sendiri, maka maklumkanlah kepada khalayak perkara
yang sebenar. Minta maaflah kepada 'kerajaan'. Mereka pasti maafkan. Itukan
ajaran Islam. Memaafkan.... Tapi jangan lupa, lapor tetap lapor dan kes mesti
bawak ke mahkamah barulah cun!
Sekarang,
tuduhan sudah dilontarkan. Tetapi masih belum jelas sebab 'ente' tidak sebut
siapa kerabat parti yang sokong kerajaan itu. Kalau berani, sebutlah! Siapa?
Siapa? Lepas itu tahankanlah 'punggung' apabila 'orang itu' pulak yang yang
buat laporan polis dan saman ente. Apa macam? Kekuda kuat ke tidak?
Penulis
percaya isu ini belum habis lagi. 'Story
break'-nya baru sahajabermula tadi. Ok, mari kita lihat apa kesudahnnya.
Tapi Hasbullah sudah jerit supaya polis dan jabatan agama siasat. Tak pastilah
pulak dia sudah buat laporan ke belum.
Sehubungan
itu, penulis cadangkan supaya semua sayap UMNO, NGO yang sokong kerajaan dan
parti-parti politik yang sokong kerajaan (BN la tu.. siapa lagi) seperti yang
didakwa oleh ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridzuan itu, sergah budak ni
supaya dia perjelaskan bukti. Baru dia ada AKAI!
T e t a p i..., kalau memang mikeme (kamu semua seperti yang dituduh
Hasbullah) yang buat, memang cari nahaslah! Mampuslah....
Jagindas: Sergah, jangan
tak sergah. Sergah dia sampai terkecing dan terkincit-kincit dalam mahkamah!
kakahkahkah....Macam ini olang pun ada wo.. (tak taulah siapa yang akan terkincit nanti..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.