Khamis, 6 Mac 2014

CINA PERNAH MENGUNGGULI KAUM DI MALAYA

Melayu Bukan Sahaja Lupa Tetapi Tidak Tahu Itu!

ILUSTRASI pada gambar di atas adalah antara penemuan oleh Datuk Profesor Emaritus Khoo Kay Kim. Sebagai pakar sejarah, kita kenalah percaya akan fakta yang ditemuinya itu. Beliau mempunyai sebab dan alasan tertentu sebelum menyatakan itu. Cuma secara tidak ‘sengaja’ beliau berkaum cina tetapi penemuannya itu adalah bersifat adil. 
                 Benar, memang benar majoriti besar generasi hari ini khususnya orang melayu tidak tahu fakta itu. Dalam pendidikan sejarah dari sekolah rendah hingga menengah pun tidak ada di sebut tentang itu. Walaupun sebaris ayat, tetapi ia adalah fakta sejarah yang mahal harganya!
            Justeru, memahami hakikat itu makanya orang-orang cina barangkali rasa amat tercabar dengan sendirinya kerana sepatutnya mereka sudah lama menjadi tuan di Malaya ini. Oleh itu, tidak hairanlah usaha-usaha membakar semangat ‘bangsa cina’ semakin menyemarak sama ada secara terang-terangan mahu secara senyap. Sama ada menerusi parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pendidikan mahu secara individu... Barangkalilah..
            Orang melayu?  
            Agaknya juga, orang-orang cina di negara ini sudah mula menggerakkan kembali kempen menggalakan generasi mudanya berumah tangga dan beranak pinak. Kalau dulu mereka mengehadkan satu keluarga seramai dua dan tiga orang anak tetapi kelakuan itu mungkin sudah berubah.
            Baru-baru ini negara China sendiri sudah membuka sedikit ruang bagi membolehkan setiap keluarga di negara itu dibolehkan memiliki anak lebih dari seorang. Sebelum itu, Singapura juga sudah melonggarkan syarat memiliki anak di negara itu kerana kononnya bimbang negara itu akan mengalami ‘kepupusan’ rakyat.
            Berbeza orang melayu di Malaysia, generasi muda bukan sahaja ‘agak’ sukar untuk mendirikan rumah tangga berikutan masalah ekonomi malah bagi mereka yang berkahwin pula majoriti mereka siang-siang lagi sudah mengehadkan untuk membesarkan dua orang anak sahaja. Kos hidup tinggi. Kos pendidikan tinggi dan macam-macam kos yang menghalang mereka untuk menimang anak lebih ramai.
            Penulis sudah melihat senario ini kira-kira 15 tahun lalu. Tetapi penglihatan penulis itu tidaklah setaraf Prof Kay Kim yang lengkap dengan fakta dan alasannya yang kukuh. Pengamatan dan firasat!
            Penulis teringat ketika mula-mula Tun Mahathir (Tun M) memerintah negara dulu, beliau ada mengimpikan supaya Malaysia memiliki rakyat sejumlah 70 juta menjelang tahun 2020. Saya percaya,dalam hati perut Tun M itu tentulah paling tidak 45 juta daripadanya adalah melayu. Dengan cara itu dirasakan secara logiknya kuasa melayu akan dapat dikekalkan. Tidak kiralah parti apa yang memerintah ketika itu. Yang penting adalah orang melayu yang kuat melayunya.
            Pemimpin selepas Tun M tidak se0rang pun yang mengulangi kembali impian itu.Entahlah, sama ada mereka lupa atau serba salah untuk menyuarakannya.
            Namun hakikatnya, sejak merdeka hingga sekarang pun apa-apa dasar yang dibuat oleh kerajaan khusus untuk orang melayu, sebahagian besarnya pula adalah memberi keuntungan kepada orang bukan melayu. Dasar ekonomi baru (DEB), dasar pendidikan, dasar perindusterian kecil, dasar kontraktor malayu, dasar pertanian malah apa-apa dasar punlah semuanya turut menguntungkan orang bukan melayu.
            Itu tidak mengapa sebab kita pun bukan membuat dasar makan seorang. Tetapi agak malanglah kalau dasar yang baik untuk orang melayu itu dibuat namun orang melayu hanya makan kuah atau menjadi kuli dalam dasarnya sendiri.
            Demikian juga, bila dasar 70 juta rakyat dimimpikan oleh Tun M, sama-samlah kita lihat nanti (jika panjang umur masing-masing) kaum apakah yang benar-benar secara insaf dan sedar dan bermatlamat menyahut cabaran itu nanti.
            Sebagai panduan, hampir semua kawasan penempatan baru dan bandar baru di negara ini dikuasai oleh kaum cina......
           


Jagindas: Baitulmal dan zakat celik-celikanlah akal...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.