Ahad, 30 Disember 2012

MELERET SEBENTAR...

GAMBAR HIASAN

Nak 'Ambik Gambo' Kena Penampo

SEBELUM tulisan ini, penulis telah memaparkan isu penganut bukan agama Islam meminta hak menggunakan nama Allah dalam kitab mereka dan juga sebuah rencana mengisahkan hal ehwal nikah cerai.
            Untuk merihatkan badan dan minda, penulis merayau-rayau ke beberapa laman sesawang. Akhirnya terjumpalah penulis satu cerita lawak. Pendek sahaja ceritanya. Dikaji-kaji balik di sebalik lawak itu, memanglah ada kalanya kita tenggelam dengan istilah, frasa mahupun kata-kata yang kita bina sendiri.
            Ada kalanya kita bina satu istilah lain yang kononnya untuk memberitahu bahawa itu adalah benda baru atau dapatan baru. Padahal semak punya semak kandungan, matlamat dan prinsipnya adalah sama. Jangan tidak, ada lah satu dua tempat yang dilainkan sedikit sehingga menuntut keseluruhan program atau aktiviti tersebut terus berubah nama dengan 'istilah' yang baru. Biasanya, istilah yang baru itu lebih gah bunyinya berbanding yang terdahulu.
            Hujung-hujungnya...?  Berjuta-juta terlabur dengan pulangan yang begitu kecil... Justeru, berhati-hatilah agar tuan-tuan semua tidak tenggelam atau ditenggelamkan dengan pelbagai istilah. Ada juga perangai si-pereka istilah lebih suka khalayak keliru. Bagi dia, lagi ramai yang keliru kononya dia telah berjaya! Berjaya apa? Berjaya mencipta isu dan polemik. Hehehe... jangan marah ha... Kalau faham baguslah. Tapi kalau tak faham, buat-buatlah macam faham. Ituuupuuunnn..istilah juga!
           
Dengan izin pencetus cerita lawak yang penulis jumpa di sesawang itu, berikut penulis salin dan tampal ceritanyanya, begini:

Pada suatu hari, Abu berada di dalam bas utk ke bandar. Dia memegang sebuah gambar. Tiba-tiba, gambar itu pun terjatuh di bawah kain seorang makcik.

Abu : Makcik, tolong angkat kain, saya nak ambik gambar.

Makcik : Apa kamu ckp?!

Tiba-tiba.... PANG!!! Abu pun turun dari bas itu dengan muka yang bengang kerana ditampar oleh makcik itu di depan2 org ramai.


Jagindas: Tak ke naya tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.