Laman

Sabtu, 27 Oktober 2012

PENAMPILAN ARTIS

Ada Atau Tidak Nas dan Dalil
Mengharuskan Kerjaya Lakonan

Dangdut, Nasyid dan lakonan

SALAH sebuah akhbar perdana hari ini memetik satu kenyataan daripada sumber Muzakarah JawtankuasaMajlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) yang dijangka bersidang bulan depan akan antara lain membincangkan hukum mengenai penampilan artis ketika melakonkan sesuatu watak.
            Selain pelakon, ia jugadikatakan meliputi juruhebah radio (DJ) yang  sengaja meniru aksi, suara, penampilan, pelakuan atau cara berpakaian jantina berbeza seperti pondan, tomboy, pengkid dan yang seumpamanya.
[sumber: Berita Harian/Nasional/Jumaat - 26 Oktober, 2012/p.8]

            Penulis memang sudah lama menantikan isu ini dibincangkan oleh majlis berkenaan berikutan nampaknya semakin ramai generasi muda yang berperangai demikian. Semacam satu trend pulak dah. Meluat benar apabila mendengarkan DJ-DJ yang melakon watak tersebut. Khaaak tuih!
            Pun begitu, sebelum sampai kepada tarikh perjumpaan semeja antara Majlis Fatwa dengan JAKIM bulan depan, penulis ingin meluahkan satu pandangan peribadi iaitu, adakah dalam Islam terdapat paling tidak satu nas yang jelas membolehkan kerjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian?

Jumaat, 26 Oktober 2012

BN UMUM AWAL SENARAI CALON


Satu Perubahan
Pilihan Raya Era Najib


HAH! ini dia. Baru betul. Harap-harap ini bukan retorik ha... baca di sini

Banyak baiknya tak kurang juga buruknya. Senang nanti nak kenal muka-muka yang keciwa. Lebih jelas nampak musang berbulu ayam. Dan, senanglah jawatankuasa disiplin nak jatuhkan hukum.

Apa  macam, puas hati?


Jagindas:  Tapi yang tak syoknya, tengok nanti mesti ada kutu-kutu yang disuruh buat protes... Ingat, bukan semua protes tu tak elok haa...

TERIM KASIH DATUK DR. ASRI


Semoga Yang Berkenaan Sedar

ULAMAK UMNO HANYUT.....ASRI (kiri) dan Fathul Bari (kanan)

"Tapi, masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."
            “Selain itu, kalau kita lihat dalam persekitaran Umno, agama mereka tidak kuat dan ini akan memberi kesan kepada para ulama sekiranya menyertai Umno," kata Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” baru-baru ini    di sini

 1.        Cuba baca balik ayat yang saya gariskan petikan daripada ucapan Dr Asri itu. Sedapnya bunyi....
2.        Kenapa tidak sebut PAS dan  PKR sekali? Adakah Asri bermaksud agama orang PAS dan PKR lebih kuat daripada UMNO? Apa kayu ukurnya? Apakah Asri amat pasti dalam PAS dan PKR tiada permainan wang ringgit dalam politik mereka? Pasti? Pasti? Pasti?
            Penulis tidak kisah terhadap komen,pendapat dan pandangan yang diluahkan oleh para ulamak seperti Asri. Malah ada beberapa tulisannya turut menjadi rujukan saya. Demikian juga Fathul Bari.
            Penulis akui, UMNO hatta BN sekalipun bukanlah terbaik apatah lagi maksum. Namun begitu, tidaklah bererti PAS, PKR dan PR adalah yang terbaik! Semuanya manusia dan umat biasa. Tidak ada sesiapa yang terpelihara dari dosa selepas Nabi Muhammad saw.
            Namun dalam petikan di atas, bagi penulis luahan Asri nampak agak berat sebelah.
            Justeru, sampaikan sahaja apa yang perlu dan patut di sampaikan tetapi hati-hati apabila menjatuhkan hukuman. Bagi penulis, ayat yang digariskan di atas adalah satu hukuman. Tak baik kata begitu...
            Pun begitu, siapa saja berhak meluahkan pandangannya. Penulis juga...


Jagindas: Biarlah sedikit ilmu tapi dimanfaatkan dengan betul. Apa gunanya ilmu bertimbun kalau huru hara! Manakala Ilmu sahaja tidak mencukupi kalau tidak dipapah oleh kebijaksanaan akal fikiran. Oleh itu akal harus lebih tinggi darjatnya daripada ilmu, sebab itu ia (otak) terletakn di atas.


JGN BIARKAN KERUSI SEJUK TERLALU LAMA


Jawatan Pengarah Perlu Diisi Segera

SEBELUM ini penulis ada memaparkan masalah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak sehingga sekarang (genap setahun) masih lagi belum memiliki Pengarahnya sendiri   di sini.
            Cakap-cakap luar mengatakan kesukaran pihak bekenaan melantik pengarah JPN Perak ada unsur-unsur campur tangan politik. Menurutnya, beberapa calon yang dicadangkan oleh Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak dipersetujui oleh pihak politik negeri.
            Begitulah sebaliknya, orang yang dihajat-hajatkan sangat oleh negeri pulak tidak menepati kretiria yang ditetapkan. Bermakna, kalau KPM lantik juga mengikut telunjuk politik negeri Perak, tentulah akan menimbulkan masalah besar pulak di kebelakangan hari. Siapa yang tak mahu jawatn yang menjurus kepada JUSA. Siapa taknak atas nama jawatan itu nanti "biasanya" akan dikurnia gelaran "DATUK". Sang isteri otomatik dapat Datin!
            Itu kata cakap-cakap khalayak yang penulis dengar. Kata sumber itu, dia sendiri dengar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang cakap hal tersebut dalam satu majlis.
            Kalau betullah begitu, kira negeri Perak ini teruk jugalah. Rela JPN tidak berpengarah jika tidak bersesuaian dengan hati perut politik negeri. Beberapa bulan sebelum ini penulis ada mendengar cakap-cakap yang sama daripada beberapa guru dan pesara guru di negeri ini.

Khamis, 25 Oktober 2012

UNDANG-UNDANG SUDAH LENGKAP

HARUSSANI ZAKARIA

Tapi Kurang Penguat-kuasaan

  “Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini   di sini.
            Penulis pun memang sokong benarlah tempelak daripada Datuk Harussani  mengenai isu tersebut. Tapi, saya hendak tegur sikitlah Jabatan Agama Islam terhadap tugas-tugas menguatkuasakan undang-undang sedia ada berkait dengan perundangan Islam.
            Maksudnya sejauh mana pihak terbabit telah melaksanakan tugas tersebut. Pemantauan  peremis-perimis judi, rumah urut dan pelacuran, kelab malam dan perimis-perimis yang berkaitan dengan penjualan dan hidangan arak membabitkan orang Islam. Kalau takut, ajaklah polis dan Rela. Takut lagi, ajaklah askar. Lagi takut, ajaklah komando! Takut juga, saja nak kena lah...
            Asyik bercakap sahaja, kerja entah mana mana sekali berlaku, dan sesekali berlaku pulak publisitinya bagai nak rak. Kerja-kerja membanteras dan penguatkuasaan ini kena dijalankan berterusan baru ada kesan kepada rakyat terutamanya kepada umat Islam yang melakukan perkara mungkar.
            Betullah kata Harussani tu, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik.


            
Jagindas: bangau oh bangau... baca juga di sini
            

TIADA PEMISAH SELEPAS USIA EMAS

gambar hiasan

Intimlah Hingga Akhir Hayat

SEBELUM ke pasar basah membeli pelbagai barang keperluan untuk hari raya kurban kali ini, saya dan isteri singgah dulu sarapan pagi di sebuah warung. Biasalah di kedai kopi ada macam-macam cerita dan hilai tawa.
            Seperti biasa juga sambil minum dan mengunyah roti canai, penulis memasang telinga sambil melihat gelagat pelanggan dan peniaga.
            Tiba-tiba seorang wanita lewat 40an menyapa perli satu pasangan suami isteri dalam lingungan usia 50an:
            "Alahai  dah tua-tua pun berkepit saja. Lain lah kalau girl ftriend..."
            Lalu dijawab selamba suami pasangan itu:
            "Kalau girl friend *awak tak bawak dia makan kat sini pun..nanti perang dunia pulak..."

            Siapapun yang mendengar gurauan ini tidak menjadi kudis - maksudnya tak ada hal. Namun bagi penulis, ada kisah yang boleh dikisahkan daripada dialog selamba bernada senda itu.

KERAJAAN SEDIA BANTU SAR, TETAPI...


Hendaklah Patuhi Peraturan Dan Saluran Sah

APABILA kerajaan meminta Sekolah Agama Rakyat (SAR) didaftarkan dengan kementerian pelajaran dan selepas itu disebut Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bukan bermakna kerajaan mahu mengambil alih keseluruhan pengurusan sekolah itu sehingga menjadikannya seperti Sekolah Kebangsaan (SK) atau pun  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
            Tidak sama sekali. Malah, kalau pihak pengurusan mahu mengekalkan namanya seagai SAR pun masih boleh. SABK cuma kod dalam pentadbiran kementerian pelajaran sahaja.
            Pendaftaran itu diperlukan kerana untuk menyalurkan wang peruntkan kerajaan tidaklah semudah yang disebut. Ada prosedur-prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh kanun kewangan negara. Ini adalah peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pihak kerana ia membabitkan wang negara yang juga wang rakyat.
            Selain itu, kerajaan juga memudahkan kerajaan menyalurkan pelbagi bantuan lain seperti tenaga pengajar yang bertauliah, peralatan pembelajaran dan sebagainya. Tauliah pengajaran amat penting sebab zaman ini banyak sangat yang mengaku ustaz dan ustazah malah yang mengaku tok guru pun ada sedangkan selain ilmunya tidak seberapa mereka juga terbabit dalam memesongkan pemikiran anak didiknya.

Rabu, 24 Oktober 2012

RAKYAT KITA LIHAT MACAM BATU

WAH, BERGUMBIRA YA?

Orang Luar Genggam Jadi Emas!


SEMALAM, ketika minum teh tarik bersama rakan-rakan di sebuah warung, tiba-tiba seorang rakan merungut dengan nada kesal dan meluat:
"semakin banyak pulak orang bangla di kampung kita ini!"
             Manakala yang lain pula berkata:
"anak siam pun apa kurangnya, bertambah banyak. bersenang lenang berniaga padahal apa permit pun haram tak ada!"
            Perbualan terhadap isu itu menjadi panas apabila ada antara kami yang menimbulkan hal seumpama itu telah banyak kali diperkatakan oleh media-media tempatan namun mereka hairan bagaikan tidak menjadi kudis bagi pihak berkuasa terbabit.
            Itu yang dapat mereka saksikan depan mata. Kalau pergi ke pusat bandar pada hari minggu pula, kebanyakan pasaraya utama dipenuhi dengan bangla, myanmar, indon dan pada waktu malamnya di sana sini dari peringkat gerai, warung hingga ke restoran pula yang diusahakan oleh anak siam begitu meriah.
            Paling malang, rakyat tempatan adakalanya agak gerun terhadap kumpulan pendatang ini bila mereka bersikap kurang ajar. Namun, pada masa sama ramai pulak wanita negara ini yang gilakan mat bangla! Ramai jugak yang bernikah dan beranak pinak serta tidak kurang juga yang main-main di sana sini.

BILA GHAIRAH SUDAH MARI


Macam-Macam Hal Boleh Terjadi

BILA  sekutu Pas, atau jelasnya DAP bercakap yang bukan-bukan terhadap hudud atau sama sekali menentang hudud seperti yang telah diluahkan oleh Karpal Singh, berebut-rebut pihak atasan PAS membelanya. Makin mengada-ngadalah pula DAP ini terutama jurucakap mereka si Singh yang seorang tu.
            Tapi, bila sekutu UMNO yang bercakap seperti itu, wah bukan main lagi melompat puak puak PAS malah yang tumpang sekaki pun turut mencela.           Sebenarnya, penulis sendiri pun awal-awal lagi sudah tidak bersetuju cara MCA menolak hukum hudud yang dikatakannya hudud ala PAS, tapi tidak pulak dia sebut macam mana hudud ala BN?  di sini
            Orang Islam sesekali tidak menolak malah tidak boleh menolak hukum hudud kerana ia adalah perintah yang diturunkan oleh Allah. Itu amat jelas dan jangan pula dipertikaikan. Cumanya, ulamak UMNO barangkali masih meneliti kaedah cara mana ia boleh dilakasankan di negara ini berikutan negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Kita mahu apapun hukuman yang akan digubal dan dijatuhkan nanti adalah bersifat adil dan saksama kepada semua rakyat negara ini.

Selasa, 23 Oktober 2012

SIAPA CALONNYA?


Di Situlah Penentu Undi Kami


KETIKA diminta mengulas pandangan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman semalam yang mahu supaya pucuk pimpinan mengumumkan segera calon-calon bagi mengelakkan kekecewaan dan tindakan mensabotaj parti, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, meminta semua pihak tidak terlalu memikirkan soal calon sebalinya memberikan tumuan sepenuhnya kepada kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini  di sini
            Datuk Seri, zaman tahun 90an dan sebelumnya, pujukan seumpama itu memang relevan. Tetapi era hari ini pengundi sudah bijak. Mereka tidak mahu tertipu lagi. Mereka juga tidak mahu dijadikan batu loncatan bagi memberi ruang wakil rakyat mereka mengaut kemewahan apabila bertitle YB sedang rakyat dibiarkan tidak dijenguk-jenguk.

BOLEH BUAT TAPI....


Tapi Nyempat-Nyempatlah Weh...


SEMALAM,  penulis sempat singgah di sebuah warung menjual mee di Bota. Orang pangil Mee Ali. Sedap dan murah walapun warungnya tidak semewah mana, usang dan terasing. Pendek kata, luarannya buruk, tetapi dalamannya mengiurkan!
            Seperti biasa penulis memasang telinga terhadap beberapa pelanggan yang sedang rancak membicarakan pelbagai isu dalam negara. Biasalah kedai kopi - perlimen tidak berpelembagaan.
            Antara lain mereka menyifatkan 'Tak sempat-sempat". Di setengah-tengah tempat frasa tersebut di sebut "Tak nyempat-nyempat" ada juga menyebutnya sebagai " Tak dan dan". Apapun ia menggambarkan keadaan dimana sesuatu itu dilakukan secara tergesa-gesa bagaikan sudah tidak ada lagi masa terluang.
            Rungutan itu timbul apabila mereka memberikan reaksi tidak bersetuju terhadap cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang berhasrat mencadangkan kepada kerajaan supaya menangguhkan hukuman mati terhadap pesalah kes dadah.

Isnin, 22 Oktober 2012

BANK, PEMAJU, AKITEK - CURANG


Mangsa Wajar Segera Dibela

GAMBAR HIASAN: Apa kesudahannya nasib mereka?
MASALAH pembeli rumah yang terpaksa menanggung "hutang buta" dengan bank malah ada yang sudah diisytiharkan muflis disebabkan kes tersebut sebenarnya sudah berlarutan lama.
            Pendedahan mangsa menerusi dada media juga sudah banyak kali. Setiap kali didedahkan pihak berwajib akan menjawab yang kerajaan akan mengambil perhatian berat dan pihak yang menganiaya akan diambil tindakan. Itu jawapan spontan yang biasa kita dengar.
            Hasilnya tidak ada satupun pemaju mahupun pihak bank yang didakwa bahkan kerajaan pula menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pula yang terpaksa mengambil alih pembangunan semula rumah-rumah terbengkalai sebagai langkah menyelamatkan rakyat.
            Justeru, gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam yang  meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemaju perumahan tidak berlesen serta pegawai bank dan arkitek yang bersekongkol sehingga menyebabkan berlakunya projek rumah terbengkalai amat wajar malah sudah sampai kepada kemuncaknya.
            Pihak terbabit pula diharap tidak mengambil ringan perkara ini dan siasatan perlu dijalankan segera bagi memboleh tindakan diambil terhadap mereka terbabit. Yang penting, mangsa sewajarnya mendapat pembelaan manakala pemangsa pula mesti dihukum.
            Kecurangan yang dilakukan oleh pemaju, akitek dan pihak bank bukan sahaja telah menyusahkan pembeli yang tidak kesampaian hajat, malah ia juga turut mencalar nama baik serta masa depan individu dan keluarga terbabit apabila mereka diisytiharkan muflis.
            "Setelah muflis, mereka tidak lagi mendapat sebarang kemudahan pinjaman lain seperti membeli kereta dan sebaginya. Malah, dalam kes tertentu, mangsa juga tidak layak menerima kenaikan pangkat disebabkan muflis atau pernah dikenakan tindakan mahkamah," kata seorang pembaca akhbar memberitahu penulis.
            Bagi penulis, kes ini besar sebab kesan dan impaknya besar terhadap pembeli berkenaan. Balun! mereka mesti dibalun cukup-cukup.
            Justeru, bersesuaian dengan dasar kerajaan yang telus dan tidak melindungi sebarang jenayah dan pelakunya serta mereka yang terbabit dengannya, maka adalah diharapkan jeritan PPIM ini disambut oleh kerajaan khususnya agensi dan kementerian terbabit.


Jagindas: mereka tu lebih teruk dari lintah darat, patut dikena penjara 35 tahun dan kerja berat! Apa macam Tok Nazri, OK tak?


HUKUM HUDUD ALA PAS


Bukan Islam Janganlah Cakap Semba-rangan


SAYA ingin menasihatkan Parti MCA mahu pun Parti Gerakan supaya jangan terlalu gelojoh mentafsir dan memperkatakan perihal berkaitan hukum hudud walau pun ia bermaksud hudud aturan Pas di sini.
            Ini kerana, apa pun persepsinya, hudud itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan hukum hakam yang nyata wujud dalam Islam. Malah, sebahagian orang Islam sendiri masih tidak memahami secara jelas tentang hal-hal berkaitan hudud.
            Justeru, keghairahan MCA dan Gerakan untuk menyokong UMNO yang sememangnya tidak merestui hudud PAS, dikhuatiri akan terlajak kata yang kelak akan menambahkan lagi satu masalah baru berkaitan agama.
            “Kami akan terus menerangkan kepada rakyat yang kami tidak boleh menerima negara teokrasi dan hukum hudud ala PAS,” kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA  semalam.
            Bagi penulis, dalam bab hudud ini, ada baiknya kedua-dua kompenan utama BN itu  berdiam diri tetapi terus memberikan sokongan kepada UMNO dalam menyatakan pendirian mereka terhadap isu berkenaan.
            Untuk dalam negara kita, soal berkaitan agama Islam biarlah orang Islam sahaja yang menanganinya. Campur tangan pihak lain yang bukan beragama Islam membabitkan isu-isu seperti itu, dibimbangi akan menambahkan kekeruhan walaupun tujuan asalnya baik.
           

Jagindas:Tidak ada hudud ala Pas, hudud ala UMNO mahu pun hudud ala BN. Yang ada adalah hudud dalam Islam.

Ahad, 21 Oktober 2012

WAJARKAH HUKUMAN MATI DITANGGUH

NAZRI AZIZ

Hanya Untuk Selamatkan Keldai Dadah

ANTARA  tajuk akhbar tempatan yang menarik minat penulis hari ini adalah cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan jenayah dadah dan menggantikannya dengan penjara antara 30 dan 35 tahun di sini
            Berdasarkan kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, hasrat tersebut adalah sebagai usaha kerajaan untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang dijadikan keldai dadah yang kini sedang merengkok dalam penjara di beberapa buah negara di mana ada di antaranya sedang menunggu hukuman mati.
            Anatara lain, Nazri mengatakan: ''Kalau nak selamatkan keldai dadah warga Malaysia yang sebahagian besar tidak sedar diperkudakan, saya nak tanya macam mana Malaysia nak merayu kepada negara berkenaan supaya mereka jangan digantung sedangkan di sini kita gantung. Jadi tidak kenalah," katanya.
            Penulis tidak bersetuju terhadap hasrat tersebut malah saya juga kurang pasti mengapa pemikiran ini tiba-tiba timbul di benak kerajaan kerana khalayak sedia maklum bahawa jenayah berkaitan dadah amat serius merosakkan masyarakat bahkan kesannya sama seperti "pembunuhan".
            Justeru, hukuman mati mandatori yang telah dilaksankan sekian lama di negara ini memang wajar dikekalkan bahkan hukuman sekeras itu juga masih belum dapat menghapuskan sama sekali jenayah tersebut.
            Soal, keldai dadah yang barangkali sebahagian besarnya adalah terperangkap atau teraniaya tidak sepatutnya dijadikan alasan sehingga negara terpaksa mengorbankan sesuatu yang baik untuk negara sendiri.
            Bagi penulis, jika kerajaan berasa bertanggungjawab untuk membela pesalah 'keldai dadah' yang mungkin teraniaya itu, maka ada baiknya pembelaan mereka dilakukan mengikut lunas undang-undang biasa. Bermakna, untung batu tenggelam, untung sabut timbul. Dan, siapa pun, kenalah bersedia menerima hakikat tersebut.
            Sehubungan itu, bagi penulis Nazri perlu melupakan hasrat tersebut. Apa-apa keputusan yang hendak dibuat hendaklah diambilkira secara kolektif bukan atas sebab-sebab satu-satu hal yang mungkin bersifat terpinggir. Dengan kata lain, ketegasan kita juga adalah satu bentuk pendidikan kepada rakyat negara ini dan luar negara.


Jagindas: haiii....peliklah, macam ada yang tak kena saja...

SEMBANG AHAD: APABILA UPSR, PMR DIMANSUHKAN


Guru Ambil Peluang Bersenang Lenang ?

KEPUTUSAN kerajaan memansuhkan sistem Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2014 secara umumnya dipandang sepi oleh rakyat. Kelihatan keputusan Kementerian Pelajaran itu bukan satu perkara yang popular di kalangan ibu bapa berikutan komen-komen dan respon terhadap isu tersebut itu tidak begitu memberangsangkan.
            Barangkali, keputusan itu masih memberikan dilema kalangan ibu bapa terhadap pro dan kontranya sama ada kedua-dua penilaian berkenaan baik diteruskan atau dihapuskan meski pun kementerian pelajaran memberi jaminan bahawa pemilihan pelajar ke sekolah berasrama penuh dan Maktab Sains Mara (MRSM) masih diteruskan.