Selasa, 4 September 2012

PENGARAH JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK


KEMENTERIAN PELAJARAN KETANDUSAN CALON!?
GAMBAR HIASAN...antara anak tempatan
yang dikatakan layak menerajui JPN Perak.

1.         Guru-guru di negeri Perak harus berasa malu kerana hampir setahun tidak   mempunyai pengarahnya sendiri setelah persaraan Datuk Muhd Rauhi

2.         Menteri Besar Perak juga harus berasa "keciwa" kerana JabatanPelajaran Negeri-nya tidak mempunyai pengarah pelajaran negeri selama hampir setahun

3.         Soalan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia: apa dah jadi?

4.         Kementerian Pelajaran Malaysia juga sewajarnya melihat isu ini sebagai suatu         kelemahan dan kekurangan - tidak nampak, terlepas pandang atau masih berpandang-pandangan?

Yang Jagindas dengar:

Macam-macam cerita yang dibawa angin terhadap pengisian jawatan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) ini. Macam-macam. Kadang-kadang dirasakan politik dalamannya lebih hebat daripada politik UMNO, PAS dan PKR. Tapi seperti api dalam sekam. Merakap dan membara tidak jelas kelihatan. Bila ditimpa hujan apinya padam, namun asapnya berlegar dan kemudian membara kembali. hehehe...
            Timbalan pengarah JPN sekarang didakwa tidak layak berikutan "peristiwa lalu" walaupun dikatakan semuanya sudah selesai.
            Seseorang yang yang disebut-sebut layak juga, sampai ke hari ini tidak menerima surat rasmi. Sedang, beberapa orang lagi mengharap penuh menanti! Setakat ini, pemangku pengarah juga yang untung. Lagi lama lagi bagus. Rezeki anak-anak. Banyak tu...Tahniahlah tuan!
            Yang jelasnya, setelah hampir setahun persaraan pengarah sebelum ini (Muhd Rauhi Mohd Isa), setakat ini masih belum kedengaran khabar berita siapa penggantinya!
            Perak memang hebat!
           

Jagindas:  Orang tua-tua kata, jangan nanti dek terlampau sangat memilih, pilih punya pilih akhir terpilih buku kemerau... Ambik kau!

1 ulasan:

  1. asalamualaikum disini ingin saya lontarkan pandangan pilihlah calon2 yang berwibawa untuk menjawat jawatan pengarah pelajaran.tidak perlulah mengambil masa yang lama untuk mengisi jawatan tersebut.saya sebagai anak jati perak mengharapkan negeri perak muncul antara negeri yang terbaik dalam pendidikan di malaysia.sekian

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.