Bukan Islam Janganlah Cakap Semba-rangan
SAYA ingin menasihatkan Parti MCA mahu pun Parti Gerakan
supaya jangan terlalu gelojoh mentafsir dan memperkatakan perihal berkaitan hukum
hudud walau pun ia bermaksud hudud aturan Pas di sini.
Ini kerana,
apa pun persepsinya, hudud itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan hukum hakam
yang nyata wujud dalam Islam. Malah, sebahagian orang Islam sendiri masih tidak
memahami secara jelas tentang hal-hal berkaitan hudud.
Justeru,
keghairahan MCA dan Gerakan untuk menyokong UMNO yang sememangnya tidak
merestui hudud PAS, dikhuatiri akan terlajak kata yang kelak akan menambahkan
lagi satu masalah baru berkaitan agama.
“Kami akan terus menerangkan kepada rakyat
yang kami tidak boleh menerima negara teokrasi dan hukum hudud ala PAS,”
kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas
merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA semalam.
Bagi
penulis, dalam bab hudud ini, ada baiknya kedua-dua kompenan utama BN itu berdiam diri tetapi terus memberikan sokongan
kepada UMNO dalam menyatakan pendirian mereka terhadap isu berkenaan.
Untuk dalam
negara kita, soal berkaitan agama Islam biarlah orang Islam sahaja yang
menanganinya. Campur tangan pihak lain yang bukan beragama Islam membabitkan
isu-isu seperti itu, dibimbangi akan menambahkan kekeruhan walaupun tujuan asalnya
baik.
Jagindas:Tidak ada hudud ala Pas, hudud ala UMNO mahu pun hudud ala
BN. Yang ada adalah hudud dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.