Selasa, 15 Januari 2013

DARI DEMONSTRASI KE DEMONSTRASI..

GAMBAR HIASAN: demonstrasi...

Hanya Menjurus Menyediakan Manusia Peminta

DALAM ruangan forum akhbar Utusan Malaysia hari ini (15/01/13) saya turut membaca pandangan seorang penlulis, Mr. WEL Subang Jaya, yang menulis atas tajuk "IRONI SEBUAH PERHIMPUNAN 'TAK PERLU' yang mengulas tentang betapa buruknya perbuatan mengada dan menyertai perhimpunan jalanan mahupun perhimpnan aman. [teks penuh di sini]
            Antara lain, Mr Wel berkata: Lihat di Indonesia, setelah kejatuhan Presiden Suharto, apakah yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya? Akhirnya, rakyatnya bertambah ramai ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi.Adakah reformasi mereka berjaya dan mereka mendapat nikmat dari demokrasi jalanan itu?
            Saban hari ada sahaja berita tertangkapnya pendatang asing tanpa izin Indonesia yang mencari sesuap nasi di bumi bertuah ini.
            Kemudian beliau menamatkan tulisannya sebagai: Hari ini, kita semakin hampir dengan azam menuju wawasan menjadi negara maju, adakah anak-anak ini tadi telah disiapkan oleh puak-puak tersebut menjadi seorang ahli profesional yang ulung dan mendapat gaji yang setimpal?
            Atau akhirnya, menadah tangan meminta bantuan kerajaan kerana tertinggal di alam persekolahan kerana sibuk berhimpun.
            Tidak kiralah siapa dan apa status penulis forum itu, namun apa yang penting adalah negara memerlukan rakyat yang berpandangan serta berpendirian seperti ini. Inilah satu contoh rakyat yang berpandangan jauh serta positif.
            Mudah-mudahan tiada lagi perhimpunan yang membuang masa lagi melalaikan pada masa akan datang. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu harus sedar dan sentiasalah mencermin diri...

Jagindas: Alangkah indahnya jika setiap orang berusaha menjadi contoh yang terbaik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.