Rabu, 2 Januari 2013

HARGAILAH BURUK BAIK PENGALAMAN LALU

 klik di sini untuk dengar dialog

Untuk Perbaiki Diri

WAH, marah betul orang melayu bila terbongkarnya cerita pemimpin sebuah kerajaan negeri 'menganugerahkan' tanah kepada pemimpin DAP sebagai habuan bagi 'mengizinkan' wakil rakyat dari kalangan Pas menjadi Menteri Besar, konon katanya.
            Isu ini masih menjadi polemik di media. Hampir setiap hari. Yang di sana bantah dan kesal. Yang di sini pun sama. Yang empunya diri kata; "mana ade?" Tuduh mesti tuduh kalau ada bukti. Nafi mesti nafi, kalau tidak mampus kau! Dan kita, sedang membaca teka teki. Kerana, bila sudah jadi isu jenayah dan salah guna kuasa, maka tentulah ada pihak berkuasa yang akan campur tangan. Jadi, iapun menjadi teka teki. Dengan seribu kemungkinan...!
            Sekarangkah baru wujud kes 'orang' memberi orang cina tanah berhektar-hektar atau dapat tanah betan-tan kemudian jual kepada taukeh cina berjuta-juta? Sekarang inikah kes seperti ini baru berlaku?
             Terima kasih dan syabas kepada mereka yang membongkar atau mencetuskan isu ini. Sekurang-kurangnya 'manusia' itu sudah insaf dan sedar betapa selama ini terlalu banyak silap dan ruginya yang telah dilakukan oleh bumipuetra. Meski agak terlalu lewat, syukurlah. Paling tidak masih ada hidayah Allah.
            Lalu, tersesak-esak menangis mendayu-dayu konon katanya: ...bumi di pijak milik orang...hasil mengalir ketangan yang lain, peribumi merintih sendiri... (aduhai sayuuuunyaaa.. siap nangis lagi!)
            "Nangis konon!", [pinjam dialog Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku]. Harap-harap kesedaran dan keinsafan ini kekal dan terus menjadi benteng kekuatan menahan kerakusan nafsu pemimpin-pemimpin melayu selepas ini dalam mempertahankan hak dan tanah airnya sendiri.
            Yang sudah tu, sudahlah. Yang terlepas akan terlepas. Pertahankanlah saki baki yang ada dan berusahalah untuk menebusnya semula biarpun adakalanya ia dilihat sesuatu yang mustahil.
            Semua pihak berkuasa yang terbabit wajar segera bertindak 'mengajar' petualang dan dalang menjual negara demi kemaruk kuasa seperti itu. Ketua-ketua jabatan utama di negara ini masih orang melayu. Orang Islam. Tidakkah ketelusan tuan-tuan menjalankan tugas itu sebagai jihad. Semestikah pergi berperang ala mujahidin barulah sah disebut berjihad dan mati dalam jihad? Tidak adakah jihad di dunia yang aman damai?
            Kepada yang selama ini telah menjadi dalang dan petualang segeralah insaf. Bayangkahlah tiada esok lagi untuk bertaubat kerana barangkali selepas Isyak malam ini tuan-tuan di jemput ke neraka! Jangan lupa, bersekongkol dengan 'gengster" atau "taiko-taiko"pun di kira jual negara juga. Na'uzubillah min zaliq.
            Ingatlah Barisan Nasional (BN), jika Tuhan mengizinkan kamu menang  dalam pilihanraya ke 13 kali ini, insafilah bahawa ia barangkali peluang terakhir yang diberikan Allah setelah menguji dan melihat kealpaan anda selama lebih 50 tahun yang lalu. Dan sekiranya BN kecundang, janganlah disalahkan taqdir. Kerana, itulah sebaik-baik hukuman buat kamu sekali gus menjemput bala buat rakyat di negara ini.
            Dan, nyanyian anak kecil bermain api akan terus dinyanyikan oleh setiap bibir anak melayu yang berkain pelikat berbaju melayu laksana DYMM Sultan Yusof merintih dengan lagu 'Terang Bulan' ketika terbuang di pulau sicily.


Jagindas: Semoga Allah mengampunkan dan memberi kemenagan kepada kita semua. Aminnnnn.   Melayu kan gagah di nusantara..(untuk renungan klik di sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.