Sabtu, 19 Januari 2013

KALAULAH 40 TAHUN YANG LALU....


Dah lama Terbarai dah....

DALAM program Bicara Minda yang dihoskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini, terdapat sepatah ayat diucapkannya berbunyi: beralah-beralah, lama-lama kalah! Tun, mungkin bercakap atas kapasiti politik dan tentunya ia menjuruskan kepada sikap kepimpinan Melayu agar tidak terlalu mengalah kerana dikhuatiri sikap yang sedemikian akan membawa kepada kekalahan.   Dalam erti kata lain, beralah pun hendaklah ada batas dan tempatnya. Demikian juga bila kita marah atau naik angin, perlu juga berpada-pada dan sesuai dengan tempat dan ketikanya.
            Perbuatan menyebarkan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang berlaku di Pulau Pinang, semalam bagi penulis memang sudah amat melampau. Kalau ianya sebagai perbuatan 'test market", ini sudah melebihi daripada tahap yang sepatutnya. Tindakan puak ini bukan sahaja disifatkan sebagai cari pasal tetapi sudah menjurus kepada mencabar terhadap kesabaran serta tolak ansur orang-orang  Islam.
            Beberapa pihak, masyarakat, NGO dan kalangan politik UMNO segera memberikan reaksi masing-masing dan mengutuk perbuatan tersebut. Langsung, meminta polis dan pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak bertanggung jawab itu. MCA, Gerakan dan MIC tidak juga! Apa salahnya sokong suara UMNO dan NGO-NGO yang membantah perbuatan biadap itu?!
            Pas dan sekutunya, sehingga hari ini senyap sepi! Tidak hairanlah sebab mereka ini segala-galanya lembab dan bersikap "lambat siang". Dalam isu penggunaan kalimah Allah pun mereka memerlukan banyak masa barulah nak bertaubat! Atas kelemahan-kelemahan orang Islam seperti inilah yang menyebabkan semakin ramai yang berani bertindak biadap serta keterlaluan terhadap orang Islam di negara ini.
            Hari ini pula, Karpal Singh menyanggah keputusan Majlis Syura Pas sehingga dengan biadap dan beraninya meminta Pas menukar keputusan untuk membenarkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah termasuk terjemahan kitab bible dalam bahasa Melayu.
            Nak sehingga macam mana lagi?


Jagindas: Nampak jelas Islam sedang diperkotak katikkan oleh bukan Islam, dan orang Islam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.