REBECCA.....Sedia bida dara sendiri |
Anak Sanggup Lelong Dara Demi Ibu...
BERITA luar negara (global) dalam Harian
Metro hari ini mengkisahkan kesediaan seorang anak gadis melelong daranya demi
untuk merawat penyakit ibunya yang terlantar disebabkan 'stroke' . Ceritanya
nampak biasa dan bersahaja tetapi mampu merosakkan pemikiran umat Islam yang
cetek pengetahuannya apalagi yang berfahaman celaru. [berita lanjut klik di sini].
Di antara fahaman liberalisme dan pluralisme adalah
kesanggupan penganutnya menyongsang hukum agama dengan berselindung di sebalik
niat yang murni dan berkorban atas hakmilik sendiri konon tidak menyusahkan pihak
lain. Ia dilihat sebagai lebih 'gentlement' dan bertangungjawab, kononnya.
Meski
ketika ini baru diketahui dua kes berlaku namun masanya sekarang semua pihak di
negara ini hendaklah bersedia dengan pelagai langkah dan 'fatwa' agar
perjuangan hasrat murni seperti itu tidak merebak di kalangan masyarakat Islam.
Menghayati
masalah gadis ini, penulis teringat seorang bapa (Pak Ya - bukan nama sebenar)
yang kerjanya menangkap babi, ular sawa dan babi demi mendapatkan wang bagi
menanggung ahli keluarganya.
Apabila
dinasihatkan oleh bijak pandai Islam terhadap keharaman rezeki yang
diperolehinnya itu, beliau hanya menjawab: Mana
lebih baik tok imam, kerja ini atau saya menipu, merompak, mencuri dan
menyamun? Hanya itulah kepakaran yang saya ada untuk keluarga saya", katanya.
Dipendekkan
cerita, beberapa tahun sebelum dia meninggal dunia, Pak Ya sempat bertaubat dan
menjadi imam Jumaat di kariahnya menggantikan imam yang pernah menasihatinya..
Jagindas: Urut dada...syukur
ada pencen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.