GAMBAR HIASAN: ...menggerakan syahwat?? |
Apabila Wanita Membon- ceng Atau Menunggang
Motosikal
DALAM Berita Luar Negara akhbar Utusan
Malaysia keluaran 3/1/13 mengkisahkan wanita di Acheh, Indonesia mungkin dilarang
membonceng motosikal secara mencelapak atas alasan ianya tidak sopan apabila
undang-undang berkaitannya dikuatkuasakan nanti (baca di sini).
Sumber
itu menyebut, kedudukan wanita mencelapak boleh mewujudkan provokasi sex atau dalam
bahasa arab mudahnya "boleh menggerak-gerakan nafsu shahwat kaum
lelaki".
Mungkin
ada yang geleng kepala membaca berita itu atau mungkin ada yang geli hati.
Kerana mungkin ada yang bertanya atas fakta apa kedudukan pembonceng motosikal
wanita dikaitkan dengan penyebab banyak berlakunya jenayah sex di wilayah itu.
Namun
bagi penulis, isu ini bukan cerita baru. Di kampung-kampung ketika zaman
sebelum merdeka (zaman penjajahan) kaum wanita (Islam) memang dilarang keras
menunggang basikal. Masa itu basikal sajalah kenderaan paling maju di Malaya
ini. Malah ada sesetengah Tok Tok Guru ketika itu mengisytiharkan haram bagi
wanita menunggang basikal.
Pun
begitu, bagi mereka yang degil, seorang dua meneruskan juga belajar dan
menunggang basikal milik keluarga mereka.
Walaupun
begitu, jika mereka (wanita) sedang menunggang, tiba-tiba terlihat Tok Guru di
hadapan, penunggang akan segera turun dan menyorong basikalnya sehinggalah
membelakangi Tok Guru. Atau, mereka akan segera menyimpang ke jalan lain bagi
melarikan diri daripada penglihatan Tok Guru.
Ini
kerana, bagi Tok Guru yang dikurniakan Allah 'keramah', ada penunggang wanita
yang tiba-tiba terjatuh ketika berselisih atau melintasi Tok Guru.
Wallahhu'allam, begitu seperti yang diceritakan kepada penulis oleh nenek
monyang penulis dahulu.
Antara
alasan Tok guru ketika itu adalah perempuan yang menunggang basikal kelihatantidak
sopan bahkan akan mudah menampakkan aurat mereka sekali gus fenomena itu dikatakan
boleh membuka shahwat lelaki yang menghayatinya. Haraaammmm! Makanya, ramai ibu
bapa ketika itu mengguna pakai hukum tersebut.
Namun
selepas negara mencapai kemerdekaan, hukum tersebut bagaikan dengan sendirinya
tergugur. Sebelum itupun sebenarnya tabiat suka menunggang basikal di kalangan
wanita (Islam) sudah mula melebar apabila satu persatu Tok Tok Guru wafat. Dan
sehinggalah hari ini berbasikal, bermotosikal dan berkereta tiada larangan
terhadap kaum itu. Malah, kita juga ada "gadis litar"
Bagi
Acheh, larangan hanya dikenakan kepada pembonceng wanita dengan kedudukan
mencelapak. Kalau bonceng dengan kedudukan sopan (mengiring) ianya dibolehkan manakala
kaum itu tidak dilarang untuk menunggang motosikal.
Jagindas:Tak ada lesen
memandu motosikal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.