Khamis, 3 Januari 2013

RAGAM IMAM BILA DIBAYAR ELAUN...

TSUNAMI.....Padang jarak padang terkukur, 

namun, "Rumah Allah" tetap utuh...Subhanallah

Mata Kabur, Lidah pun Lebur!

ENTAH macam mana, petang semalam seorang kenalan tiba-tiba mencurahkan isi hatinya kepada penulis persis mengharap penulis akan membantunya bagi memecah kebuntuan terhadap masalah yang dihadapinya. Masjid lagi! Tidak habis-habis kisah dan karenah pengurusan masjid dan tanah wakaf perkuburan. Kalau boleh, penulis sudah tidak mahu lagi mendengar cerita-cerita songsang berkaitan rumah ibadat dan perkampungan abadi itu.
            Menurutnya, pengerusi masjid dikariahnya disifatkannya mabuk jawatan dan menggunakan kedudukan itu untuk kepentingan peribadinya terutama hal-hal yang berkaitan kewangan. Kata kenalan itu, bukan kata dia atau pandangan dia seorang berkata begitu tetapi telah menjadi buah mulut penduduk.
            Kerana penulis sudah muak dengan cerita-cerita 'sengal' seperti ini, lalu penulis menyergahnya: "Ada empat imam dan tiga bilal di kariah kamu itu, tidakkah mereka mampu menegur ketempangan pengerusi mereka?
            Dan, penulis diberikan sebuah jawapan yang menarik: "Betul, sebahagian besar mereka adalah penyokong kuat Pas dan PKR. Manakala pengerusi masjid adalah lantikan daripada Umno di mana imam-imam dan bilal  tersebut terlantik atas restu pengerusi masjid.
            "Jika mereka menegur kelemahan pengerusi, imam-imam terbabit bimbang hilang jawatan sedangkan jawatan itu dibayar elaun bulanan paling tidak RM800 sebulan, siapa nak bagi?" katanya.
            Mendengar jawapannya itu, penulis teringat kata seorang rakan lama, katanya kalau bab duit tak kira fahaman politik apapun, sama saja. Janji masyuuuk. Yang lain-lain tu apa nak jadi, jadilah!
            Bukan semuanya begitu, tetapi tidak mustahil sikap sedemikian akan menjadi virus. Justeru, pihak berwajib perlu berbuat sesuatu agar martabat sesebuah masjid tetap terpelihara dan tersanjung sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah (swt).
            Kata rakan penulis lagi, antara syaitan yang nyata sifatnya dan manusia sering terjerlus ke lembah kehinaan adalah DUIT. Begitukah? Apapun natijahnya, IMAN DAN TAQWA-lah penyelesainnya. Allahhurabbi....
            Aduhai..., memang sengal!

                                                     
Jagindas: Buruk perangai. Sebab itu macam-macam bala ada...

1 ulasan:

  1. rambut pn bley lain2 colour, inikn hati...alim zaman moden...eerrmm

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.