GAMBAR HIASAN.... cikgu manis |
Menambahkan Lagi Pening Tuan Majestret
BAGI penulis ada dua cerita menarik di
akhbar Berita Harian semalam adalah pertama perihal seorang guru di langkawi
memfailkan saman terhadap Pengarah Pelajaran Kedah dan lima yang lain memohon
deklerasi mahkamah menetapkan arahan pertukarannya ke Jawi Pulau Pinang sebagai
tidak sah.
Kedua,
kisah seorang suami dan kekasih gelapnya cedera diserang isteri dan tiga anaknya
sendiri apabila rahsia gelapnya terbongkar. (baca di sini dan di sini)
Kitab
Perintah Am adalah antara buku panduan tatakerja yang wajar dimahir faham oleh
setiap penjawat awam dalam sektor kerajaan (pusat) selain daripada
pekeliling-pekeling dan surat-surat edaran yang dikeluarkan dari masa ke
semasa.
Antara
lain membawa maksud seseorang kakitangan kerajaan itu hendaklah sanggup
menerima sebarang arahan yang wajar daripada pihak atasannya termasuk
menempatkan tempat bertugas atau arahan bertugas. Kakitangan atau pegawai yang
ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib yang tertentu seperti yang
diperuntukkan dalam perintah am bab A - D.
Jauh
lebih jelas daripada itu, 'seseorang' itu biasanya memperlihatkan kesediaan
serta rela bertugas di mana sahaja ketika sebelum mendapat jawatan namun sumpah
setia itu bertukar menjadi sebaliknya setelah jawtannya disahkan. 'Politik'
seperti ini memang segar di kalangan penjawat awam. Siap guna YB dan menteri
lagi!
Hanya
dengan menatap kes di dada akhbar, kita memang tidak tahu apakah sebenarnya
penyebab berlakunya insiden itu. Namun, sehingga mengheret campur tangan
mahkamah hanya dengan isu arahan pertukaran tentulah ada sesuatu yang kedua-dua
pihak berasa saling berhak "mengajar" antara satu sama lain. Kes
terpencil, tetapi ia menarik minat banyak pihak untuk menghayatinya.
Justeru,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP) perlu ada satu makenisma atau
paradigma yang jelas supaya perkerja dan kerajaan sewajarnya saling jaga
menjagai. Dalam beberapa hal, cara sektor koperat/swasta "menjaga"
kakitangannya dan begitu juga sebaliknya wajar dipraktiskan oleh sektor
kerajaan.
Dalam
cerita kedua itu pula, akibat hati yang terguris lara, maka amatlah wajar
tindakan si-isterinya itu mahupun anak-anakya. Sudahlah menyimpan kekasih
gelap, bersenda gurau pula di rumah sendiri. Secara kebetulan, dalam kes ini si
perempuan gelap itu pula adalah guru.
Mewujudkan
'madu' itu pun sudah cukup perit, mengapa pula sengaja-sengaja menyakitkan
hati? Kalau pun tidak ada belas kasihan, tidakkah sedikit ada rasa hormat
kepada seorang insan bernama isteri?
Dalam
kes ini, benarlah kata seorang rakan penulis suatu ketika dulu, katanya: "Cikgu ni cerdik sedikit saja daripada
muridnya!" Penulis tidak bersetuju. Takkan sebegitu rendah martabat
guru. Agaknya rakan penulis itu sekawan dengan Hj Hadi! Sebenanya, inipun kes
terpencil juga, tak wajar dirangkum kesemuanya. Namun guru yang norma
pertimbangannya tidak akan sanggup berbuat demikian...Demikian juga si-lelaki
itu...sudah habiskan pertimbangan ATAU akai tak dak!
Jagindas: Ramai penjawat
awam dah banyak lemak. Perlu buat pembedahan buang lemak supaya mereka lebih
ringan dan bertenaga lagi bersemangat untuk bekerja....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.