Dakwa BR1M 3.0 Tak Seperti Yang Dijanji
Tak tahulah pula sama ada dakwan ini benar atau tidak. Nak kata tidak
benar, nampaknya beria-ia pulak mereka mempertikaikannya. Sehinggakan ada yang
nyaris-nyaris terkena penampar. Tidak tahulah pulak adakah ia disebabkan mempertikaikan
kekeliruan jumlah sumbangan BR1M 3.0 atau benda-benda lain. Tapi rasanya
sedikit sebanyak tentu ada kena mengena juga dengan parti politik...
Itu adalah kesimpulan
peribadi saya apabila ada rakan memberitahu sumbangan BR1M kali ini tidak
menepati apa yang kerajaan janjikan. Maksudnya, ada kalangan mereka (bukan
semua) yang sepatutnya menerima RM600 tetapi hanya diberikan RM450.
Untuk rekod: RM600 bagi
pendapatan isi keluarga yang kurang dari RM3,000 sebulan manakala RM450 bagi
keluarga yang pendapatan terkumpul mereka antara RM3,001 hingga RM4,000.Manakala
orang bujang pula yang berusia 21 tahun ke atas menerima RM300. Itu pun kalau mereka
ada mohon laa..
Baiklah, jadi yang
menerima kurang dari RM600 berdasarkan pendapatan isi rumahnya (jika benarlah
seperti yang didakwa) memang agak pelik. Pun begitu, bagi penulis tidak perlulah
yang terbabit bertekak menjerit hingga terkeluar anak lidah mempertikaikannya.
Kekhilafan sistem atau
kesilapan ketika pegawai-pegawai berkenaan menganalisa data mungkin berlaku.
Secanggih manapun komputer ia tetap buatan manusia. Fahamnya, tidak ada satupun
ciptaan manusia yang benar-benar unggul lagi adil.
Demikian juga manusia,
secekap mana dan sebijak mana sekalipun ia tetap sebagai manusia yang dicipta
oleh Allah - makna kata takkanlah ia sesumpurna sehingga menyamai Tuahnnya
hatta nabi (saw) sekalipun.
Justeru, jika masih juga
berkehendakkan bakinya (RM150) maka merujuk atau berbuatlah rayuan kepada
jabatan berkenaan. Ketua kampung, penghulu dan pemimpin politik tempatan
barangkali boleh memudahkan tuntutan tunggakan tersebut.
Begitu jugalah keadaannya kepada
mereka yang tercicir namanya daripada senarai layak menerima. Saya fikir, tidak
perlulah nak bising-bising. Malu didengar orang keliling. Lainlah kalau memang
dari jenis yang suka buat bising. Kalau yang itu, saya angkat tangan lah...
Satu lagi, oleh kerana
benda ini benda baru, pemimpin tempatan juga wajar membantu ahli keluarga
menuntut insuran kelompok yang kerajaan beri secara percuma kepada penerima
BR1M yang meninggal dunia pada dan selepas 22 Februari 2014....
Jagindas:
Sesekali bertanyalah kepada dri sendiri apakah anda tidak pernah berbuat silap,
salah atau khilaf..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.