Banyak Kerja Atau Tiada Komited Dengan
Tugas?
DALAM sehari dua ini akhbar-akhbar tempatan antara lain memuatkan cerita
masalah program Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang terpaksa ditangguh
berikutan projek berkenaan dikatakan telah menjadi mimpi ngeri guru-guru kita
sehingga ada yang mendakwa tidak tidur malam disebabkannya.
Bagi penulis, biarkanlah
mereka yangterbabit menyelesaikannya. Lagipun, ini bukan kali pertama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan program-program atau
projek-projek pendidikan secara tergesa-gesa. Bak kata orang tua-tua - belum
duduk sudah berlunjur dan dalam banyak hal pula KPM dilihat sebagai bernafsu
kuat tetapi tenaganya kurang.
Pengelamana lalu nampaknya
masih belum mampu memberi pengajaran kepada pengurusan institusi itu. Apapun,
semoga pengelaman kali ini benar-benar dapat mencelikan KPM dan organisasinya.
Satu sahaja pesanan saya, dengarlah cakap orang yang benar-benar pernah
bergelumang dengan bilik darjah dan bukan mengangkat topi kepada mereka yang
memiliki 'scroll' yang berjela-jela..
Cukuplah setakat itu komen
saya. Sebagai orang pendidikan tentulah dapat memahaminya dengan lebih telus,
luas dan kemas. Cuma, sama ada hendak mengaku kelemahan sendiri atau terus
membongkak. Maklum, golongan pendidik sering di siniskan sebagai golongan cendekiawan
- justeru kerja-kerja mereka tidak boleh di tegur tak tentu pasal. Orang kata...
bukan saya kata!
Yang hendak saya ceritakan
kali ini adalah kisah perbualan dua guru yang penulis saksikan di satu sudut di
sebuah restoran. Iaitu seorang pesara (GP) dan seorang lagi masih berkhidmat
(MB). Yang masih berkhidmat (MB) itu usianya pun sudah masuk era 50an..
MB secara berseloroh tetapi
serius memuji GP yang nampak sihat dan tenang selepas bersara sambil meluahkan
keluhannya tentang betapa guru hari ini banyak kerja (terbeban). Lalu, GP
secara ringkas mengesyorkannya supaya MB memohon persaraan pilihan sebelum dirinya
menjadi liabiliti terhadap organisasinya sendiri.
Sepantas kilat MB
menjawab: "Siapa nak bagi RM4,000
sebulan! Lagipun kerja bukan susah mana pun, hanya setakat tengah hari
sahaja.."
Apa yang penulis kenal,
selain menjadi guru MB juga menjalankan perniagaan makanan di mana kedainya
dibuka mulai petang hingga ke malam. Perimis makanan itu juga dikendalikan oleh
beberapa pekerja selain MB sendiri turut menguruskan masakan di situ.
Baguslah dan saya kagum
kerana MB berupaya mengagihkan masa dan tenaganya untuk kedua-dua kerjaya
tersebut. Kitapun tidak harus menyekat minat dan rezeki orang.
Cukuplah sekadar itu buat
pemecahan minda kalian.....
Pun Begitu, MB bukanlah simbul untuk semua guru yang masih berkhidmat di negara ini. Cuma, harap-harap jumlahnya tidak besar dan tidak menjadi virus! Dan, kepada semua guru, saya menghargai tugas yang telah anda laksanakan. Teruskanlah berkhidmat walau apa juga cabaran yang mendatang. Bahawa, sekali menjadi guru akan teruslah guru selamanya....
Jagindas:
Tahu diri sebab itu pilih pencen awal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.