Ahad, 5 Mei 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (58) : CCTV, 'THUMB PRINT' DI PUSAT MENGUNDI MASA DEPAN...

Setiap Pengundi Dirakam Elak Penipuan


Suasana di luar Pusat Mengundi

Antara langkah keselamatan yang berlaku semasa mengundi adalah;

1. Mendapatkan tiket untuk kebenaran masuk saluran pusat mengundi
2. Masuk ke saluran yang ditetapkan
3. Meneliti kad pengenalan bagi menentusahkan pengundi dengan senarai cetak yang disahkan oleh SPR
4. Jari pengundi dicalitkan dakwat khas
5. Kertas undi diberi dan nama pengundi dipotong tanda sudah mengundi
6. Pengundi masuk ke kotak mengundi dan melakukan pengundian
7. Kertas undi dimasukkan ke kotak undi P dan N
8. Pengundi keluar dan beredar dari pusat mengundi.
 
Jadinya, kalau sudah mengundi sama ada dawat masih bertanda atau setelah bersih di cuci seseorang pengundi tak akan dapat mengundi sekali lagi sebab kalaupun dawat di jari sudah dibersihkan namun nama pengundi sudah pun dipotong.
            Kalau sudah mengundi, sudahlah. Nak buat bising-bising apa lagi? Tentu ada niat lain....Sudah-sudahlah beb. Kalau nak cari salah sampai sudah pun tak selesai-selesai. Jadi, apa sebenarnya yang kamu nak, ha? Yang jelas, saja-saja nak cari pasal. Macam budak-budak tak cukup umur.
            Barangkali juga petugas SPR terlupa nak gocang botol dakwat sebab biasanya pada sebelah pagi ramai pengundi datang awal menyebabkan petugas tadi terlupa mengoncangnya.
            SPR sebelum ini ada memaklumkan dakwat yang sudah lama tidak digoncang boleh menyebabkan ia mudah dibersihkan. Dengan kata lain ia mesti di goncang selalu. Barangkali setiap 5 pengundi sekali goncang kut!
            Ada juga yang mencadangkan supaya pada masa akan datang sistem menentusah pengundi menggunakan saringan kad cip pengenalan dan 'cetakan cap ibu jari' (thumb print) macam yang kita selalu kena di bank-bank tu. Itupun pada penulis cadangan yang baik juga. SPR barangkali bolehlah memikirkannya selepas ini sebagai persediaan PRU14 pula.
            Pun, rasanya tak kena juga... Sebab, kalau dah pembangkang tegar, apapun yang orang buat, seelok manapun, secanggih mana sekali pun, dia tetap kata tak betul, tak adil dan penipu!
            Lain kali agaknya, tukang calit dakwat kena bagi semua orang lelaki sebab kaum Adam ni yang dok biasa buat kerja goncang-goncang....Goncang pun ada art jugak...hehehehe


Jagindas:  PRU14 nanti - barangkali selain daripada 'thumb print' setiap pusat mengundi juga akan di pasang CCTV dan semua maklumat fizik pengundi akan dirakamkan kecuali ketika di kotak mengundi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.