Selasa, 28 Oktober 2014

AKTA, UNDANG-UNDANG DAN ENTAH APA LAGI

1.      Mahasiswa dan perhimpunan haram


Buang universiti/kolej, tarik semula kemudahan pinjaman/biasiswa/bantuan, penjarakan dan banyak lagi....

Jagindas: Mansuhkan saja semua peraturan, undang-undang, akta pelajar, akta universiti dan kolej serta apa-apa yang semaksud dengannya. Sebaliknya berikan sepenuhnya kebebasan bebas sepuas-puasnya....


2.      Seminggu Utk Hapus Mesin Judi - Kata KPN

Semoga lakonan kali ini tiada lagi unsur jenaka.


Jagindas: Selamat menggempur Khalid. Pastinya nanti Isnin depan (3/11/14) mencatatkan satu lagi sejarah negara: “Malaysia tanpa mesin judi haram”

Ahad, 12 Oktober 2014

PTPTN: PEMINJAM KIAN GUSAR


Kerja Tak Ada Nak Bayar Dengan Apa?

MENTERI berkenaan sudah mula bising kembali apabila sejumlah besar  peminjam PTPTN masih belum membuat sebarang pembayaran semula walau sesen pun setelah mereka terbabit tamat belajar. Khabarnya berbilion ringgit terbeku begitu sahaja.
Bagi yang sudah bekerja dengan pendapatan bawah RM1,000 sebulan tentulah tidak mampu membayar berdasarkan jadual pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN. Apatah lagi jika mereka berada di bandar. Demikian juga yang berpendapatan bawah RM2,000. Tiada bezanya. Sewa bilik (jika bujang) paling tidak RM300 sebulan – belum kira bil eletrik, air, kos pengangkutan dan keperluan hayat seharian iaitu makan minum dan pakaian.
           Bagi yang mak bapaknya dalam status berada, barangkali mereka ini agak tenang sedikit. Setelah menolak pelbagai kos utama, barangkali mampulah mereka membayar dalam lingkungan RM150 – 200 sebulan.
          Jika pihak berkenaan mewajibkan juga bayaran ikut jadual, maka golongan ini nampaknya akan terus berada dalam status miskin untuk jangka panjang. Memiliki rumah sendiri, berumah tangga dan memiliki kereta hanya tinggal mimpi.
Ok lah tu. Sekurang-kurangnya mereka sudah berkerja. Paling tidak bab makan minum dan pakaian tidak lagi menyusahkan keluarga. Bagaimana yang masih menganggur? Bagaimana yang masih berkerja sekejap di sana dan sekejap di sini? Bunyinya macam sudah bekerja tetapi gajinya tak sampaipun RM900 sebulan. Gaji minima? Kalau kompeni kecil mana larat dia nak bayar gaji setaraf itu....
           Saya faham, bukan mereka tak nak bayar tetapi mereka masih belum ada jaminan hidup! Betul, jasa kerajaan (pinjaman PTPTN) telah menyebabkan mereka sehingga dapat menggenggam sijil, diploma mahupun ijazah. Dan selepas itu tentulah mereka perlukan kerja tetap dan setara bagi membolehkan mereka membayar pinjaman tersebut.
Pada masa sama ada pihak yang menggalakkan orang muda segera mengambil peluang untuk membeli rumah menerusi skim-skim yang dibuat kerajaan. Yalah tu....
             Apa boleh buat...buakn salah ibu mengandung... Apapun, bagi yang sudah bekerja tetap dan memperoleh pendapatan yang agak stabil, cuba-cubalah belajar membayar. Kalau tak mampu RM300 sebulan, barangkali RM100 bulan kan? Yang penting kita ada usaha untuk mengingati jasa orang lain.
             Namun, bagi yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, berjumpalah pihak yang bertanggungjawab. Luahkanlah apa yang terbuku....

Jagindas: Hanya mampu kesian...Belumpun berkerja sudah menanggung hutang...

Sabtu, 11 Oktober 2014

TAHNIAH NAJIB! BAJET 2015 BERMANFAAT

Rakyat Mahu Harga Bahan Makanan Murah

SECARA keseluruhannya, kandungan pembentangan bajet 2015 yang dibentangkan oleh perdana menteri pada jumaat (10/10/14) menepati inspirasi rakyat. Dengan kata lain, apa yang disumpahkan Najib setelah mendapat mandat memimpin negara, dengan sedaya upaya beliau cuba melaksanakannya. Tiada yang tertinggal. Segenap sudut dan lapisan mendapat nikmatnya. Cumanya, ramai rakyat negara ini yang tidak bersyukur dan bertambah malang menyalahgunakan kebaikan negara sehingga sanggup menyusahkan negara pula. Misalnya, menyalahgunakan tujuan asal pemberian subsidi, korupsi dan sebagainya.
Beberapa veteran (rakyat) yang ditemui selepas Najib selesai membentangkan bajet merumuskan sebagai berikut:

1.      Masih ramai yang tolol mengenai GST malah para peniaga terutama peniaga runcit di luar bandar jelas keliru mengenainya meski seberan di media sudah cukup jelas menyatakannya. Rata-rata mereka tetap mengatakan harga barangan keperluan tetap naik mulai Mei tahun depan bahkan mereka mendaka kenaikannya lebih berganda dan drastik berbanding sebelum GST. Sedang, kita cuma ada kurang lebih lima bukan saja lagi sebelum sampai ke tarikh pelaksanaan sepenuhnya GST itu.
2.      Tidak kiralah apa saja dasar percukaian yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan, rakyat marhaen berpendapat malah menuntut sama sekali bahawa kerajaan perlu memastikan harga barangan keperluan harian terutama yang berkaitan dengan makan tetap sentiasa murah. Makna kata, kerajaan wajar meninggikan dan meluaskan lagi subsidi terhadapan barangan tersebut bagi memastikan seluruh rakyat mudah mendapatkan bahan makanan sama ada bahan mentah mahupun yang sudah siap-sedia. Harga makanan yang murah turut menjamin seluruh rakyat sentiasa mendapat keperluan asas yang cukup, menjamin tahap kesihatan (keseimbangan makanan) yang mapan sekaligus mendorong kepada galakan produktiviti bilamana kesejahteraan (sihat) rakyat terjamin. Langkah itu juga dapat membantu rakyat untuk lebih menabung bilamana kos ‘keperluan makanan’ menjadi murah.
3.      Bagi mereka, rakyat tidak begitu runsing dengan kenaikan harga bahan api. Malah, jika kerajaan dapat memperbaiki serta menaiktaraf sistem pengangkutan awam sama ada di bandar dan luar bandar, itu lebih bermanfaat dan terpuji. Sebagai rakyat yang berada dalam negara yang sedang membangun, perkara utama yang penting adalah setiap rakyat wajar mendapat keperluan asas khususnya bahan makanan yang cukup lagi berkhasiat. Dan, ini hanya akan dapat dicapai jika kerajaan bersedia memastikan harga bahan tersebut di paras yang rendah. Mampu dalam ertikata mampu dibeli oleh sebuah keluarga yang hanya berpendapatan bawah RM2,000 (berdasarkan suasana hari ini) – sedangkan peratusan penduduk yang berpendapatan demikian adalah golongan majoriti di negara ini lebih-lebih lagi melayu. Bagaimana pula jika mereka tinggal di bandar? Dengan sewa rumah dan kos pelbagai yang tinggi termasuk persekolahan anak-anak, apakah mampu mereka memberikan ahli keluarganya mekanan yang cukup dan berkhasiat?


Justeru, itulah sebenarnya yang amat-amat dikehendaki rakyat marhaen menerusi apa sahaja bajet yang dibentang sejak dulu, kini dan selamanya. Saya setuju dengan pandangan dan usul mereka itu. Jika ini dapat dipraktikan, saya percaya akan ramai pemuda yang lebih berani untuk berumah tangga. Dan, bila mana itu berlaku tentunya keluarga-keluarga baru ini juga lebih berani untuk memiliki ramai anak. Bukan itu amat baik untuk negara terutama selepas tahun 2020 nanti?

Jagindas: mahu tambah satu lagi

Isnin, 18 Ogos 2014

JELASLAH SUDAH KEMUNAFIKAN "MEREKA"

JAUHILAH ORANG MUNAFIK

SESUNGGUHNYA, "mereka" itu adalah satu conth yang amat jelas tentangb orang munafik. Dan, orang-orang munafik itu amat merbahaya, lebih merbahaya daripada musih dalm selimut. Justeru, jauhilah malah tolaklah mereka itu jauh-jauh melainkan dengan sebenar-benarnya mereka telah bertaubat.


Jagindas: Nau'zubillahminzalik...