Ada Yang Pangkah Parlimen Saja...
KISAH berlaku di satu tempat pusat mengundi. Sejak pagi
tadi penulis saja-saja melihat gelagat pengundi di situ terutama fokus kepada
orang muda yang kali pertama mengundi. Itulah satu sejarah dalam hidupnya dalam
menggunakan haknya sebagai rakyat bagi menentukan kerajaan pilihan hatinya.
Seorang
pengundi berusia 23 tahun keluar daripada pusat mengundi dengan senyum dan
penuh ceria. Barangkali dia begitu puas kerana berkesempatan menunaikan
tangungjawabnya. Lalu, penulis merapatinya dan ingin mendengar cerita
pengalaman pertamanya itu setelah dia mengeshkan itu adalah pengalaman
pertamanya.
Katanya,
pada mulanya dia merasa agak gementar juga. Tidak tahu pula apa yang menyebabkan
dia jadi begitu sedangkan ramai orang bertujuan sama berbaris bersama-samanya.
Dia dengan girangnya memberitahu bahawa dia telah memangkah pilihan hatinya untuk
kerusi parlimen kawasan itu.
Kemudian
penulis bertanya, bagaimana dengan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)? Lalu
pengundi muda itu bertanya balik: Kena
pangkah dua-dua ke?
MasyaAllah,
nayalah satu undi untuk satu daripada DUN kawasan berkenaan. Setelah penulis
jelaskan kepadanya, dia beria-ia beranggapan bahawa hanya parlimen sahaja yang
perlu di pangkah manakala yang lain-lain tidak perlu.
Penulis
tidak menyalahkan pengundi itu 100% peratus. Kerana, pertama ini adalah
pengalaman pertamanya manakala kedua, barangkali dia tidak mempunyai masa yang
cukup untuk memahami kaedah pemilihan yang dijalankan dalam mana-mana PRU.
Masa ada sistem
ketua sepuluh dulu-dulu, perkara-perkara seperti ini memang dititik beratkan
ibarat tok imam mengingatkan makmum sebelum sembahyang hari raya....
Ingat...,
pelanggan selalu benar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.