SATU (BANGSA, NEGARA DAN JIWA) - eerrmmm
PM milik siapa kalau PR menang? |
Parti Keadilan
Rakyat (PKR) kata, kalau menang PRU nanti dialah yang akan jadi Perdana Menteri
(PM), DAP kata pulak, kalau menang PRU, dia lah yang paling layak jadi PM
manakala PAS kata, PAS yang paling layak dan sesuai kerana PAS memperjuangkan
Islam.
Maka, tiga negeri pun, buat tema
berasingan bagi menyatakan perasaan masing-masing kepada rakyat. Kedah dengan
teman terus berbaktinya, Pulau Pinang dengan imej kebersihan manakala Kelantan pula menerajui perubahan.
Apakah bakti itu, kebersihan
yang macam manakah dan perubahan
yang mana satukah, itu hanya mereka sahaja yang tahu. Itupun, barangkali dalam
kepala pemimpin utama mereka sahaja yang benar-benar mafhum makudnya. Rasanya
anak-anak buah haram tak faham apapun!
Yang kerap menjadi persolaan
khalayak adalah mengapa jadi begitu? Jawapan mudahnya senang saja, iaitu kerana
masing-masing nak jadi Perdana Menteri. PAS kata, dia yang paling layak sebab
hanya Islam (Islam cara PAS) yang menjamin kesejahteraan ummah, PKR kata, dia
yang paling adil, sama rata sama rasa seperti apa yang Anwar buat (ehem, ehem!)
manakala DAP kata, sudah sampai masanya cina perintah Melayu! No more raja, sultan dan Agong. No more! No more hak-hak istimewa, no
more! Ha, ambik kau!
Pusing punya pusing, mereka dah
nampak macam tak selesa sebab banyak sangat yang soal dan tanya. Maka, mamak
bendahara Anwar pun lantas bangun dan berkata: Itu semua cadangan asal
masing-masing sebelum dimuktamatkan, sekarang kami dah muktamat dan sepakat
maka Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan tema: Sebangsa Senegara Sejiwa [disini]
Cantik
tu, Satu bangsa - Bangsa Malaysia,
Satu Negara - Negara Malaysia, Satu Jiwa
- ??? Tak
kan jiwa Malaysia kut? Jiwa Malaysia tu macam mana ha? hehehe.. Yang kita ada
puntak dipraktik sampai sekarang - Bahasa
Jiwa Bangsa. Macam mana?
Jagindas: MCA dan MIC pun mimpi macam
tu juga, tapi taklah rakus sangat. Dan UMNO, janganlah leka pulak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.