Dulu Takut, Sekarang Syok
ZAMAN dahulu, masuk jawi atau bersunat atau berkhatan rata-rata dilakukan
secara tradisi iaitu dipotong oleh
Tok Mudim. Kira-kira 40 - 50 tahun lalu. Sama ada kecil atau besar majlisnya,
upacara penyunatan itu tetap dilakukan oleh tok mudim dengan orang-orangnya
mengikut langkah-langkah tertentu. Duduk atas batang pisang adalah satu perkara
yang mesti...
Masa itu, saguhati untuk
tok mudim bukannya mahal sangat. Tetapi walaupun RM5.00 bukanlah semudah itu
untuk mendapatkannya. Itu yang menyebabkan bagi keluarga yang dhaif, anak
jantan mereka terpaksa disunatkan seusia 14 tahun. Malah yang berusia 15 dan 16
tahun pun ada. Huh, terkejut beruk tok mudim dibuatnya! Faham-faham sajalah...bebudak
unur 16 tahun..
Itu satu hal, bagi yang
kulitnya tidak bermasalah, dalam tempoh seminggu kira sudah sihat. Tapi bagi
yang bermasalah, ada yang sampai tiga minggu masih terbaring terkangkang
bersendalkan buluh antara kedua-dua lutut. Itu belum kes 'tumpah darah'. Sebab
itu budak-budak zaman dahulu takut dengan tok mudim aau bersunat disebabkan
benda-benda macam itu selain dikatakan sakit.
Demikian juga bagi
golongan marhaen, kendurinya pun dibuat ala kadar. Ada sesetengah tu 'menumpang
kasih' sahaja dengan kenduri jiran tetangga. Sekadar doa selamat menghimpun
keluarga terapat dan jiran-jiran itu sudah amat memadai.
Itu adalah cerita bagi
keluarga masyarakat marhaen. Namun bagi yang kaya, meriahlah.. macam menyambut
pengantin. Pendek kata diadun bagaikan anak raja menaiki takhta.
Namun, zaman sekarang
majlis bersunat (masuk jawi) atau berkhatan sudah begitu ringkas. Maksudnya
dari segi praktis khatan itu sendiri. Bawa jumpa doktor atau jemput doktor atau
pengamal perubatan moden ke rumah dan dalam tempoh beberapa saat sahaja sudah
selesai. Bukan itu sahaja, paling kuat pun empat hari. Bagi yang mudah pula
sehari dua sahaja berehat manakala esok lusanya sudah boleh bermain semula.
Payah juga nak dengar
remaja berusia melebihi 12 tahun baru bersunat, lainlah kalau baru masuk Islam.
Majlis pula bergantung
kepada kemampuan keluarga. Yang ada duit macam kenduri kahwinlah siap ada buah
tangan (cenderahati) untuk tetamu lagi. Cuma adat tradisi yang tok mudim buat
sudah tiada lagi..
Seronoknya bebudak zaman
sekarang, kalau bersunat boleh kumpul duit. Ada yang boleh kumpul sehingga
mampu membeli peralatan gajet seperti komputer, i-pad, tablet phone dan
sebagainya. Sebab itu kanak-kanak hari ini kalau sebut nak di sunatkan, mereka
seronok. Tak takut macam kanak-kanak dulu-dulu.
Bebudak dulu yang mana
yang tahu kena khatan mukanya masam malah ada yang lari menyorok membuatkan
ahli keluarga kelam kabut. Tetapi sekarang ini, mereka begitu seronok. Bukan
sahaja seronok diraikan tetapi mereka juga tahu selepas bersunat mereka boleh
kumpul duit. Mak bapak sekarang pun sudah 'sporting' sebab mana-mana duit yang
tetamu berikan, mereka tidak menggunakannya malah terus diberikan kepada anak
yang dikhatankan.
Dalam pada itu, agaknya
kerana keadaan sudah jauh berbeza dan 'manfaat' sunat itu pula telah diperakui
oleh dunia perubatan moden maka tidak hairanlah ramai kaum lelaki yang bukan
Islam juga sudah menerima hakikat berkhatan. Rakan-rakan
penulis (yang bukan Islam) juga banyak yang sudah bersunat dan menyunatkan
anak-anak mereka ketika anak-anak mereka masih kecil atau kanak-kanak. Bila di
tanya kenapa? Dia jawab: sebab mahukan bersih. Hairannya, anak mereka yang
perempuan tidak pula begitu...
Jagindas:
Ada rakan kena sunat sekali lagi konon katanya dah menyorong pulak dah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.