Mampukah Meraih Kemenangan
Besar?
TUN MAHATHIR |
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang
lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22
tahun sebelum bersara pada Oktober 2003. [di
sini]
MEMANGLAH, tidak
dapat dinafikan ketika Najib ambil alih negara, kerajaan berada dalam keadaan
lemah. Dilemahkan oleh Pak Lah, kuncu-kuncu dan anak menantunya. Bukan sahaja
rakyat Malaysia, bahkan dunia pun tahu!
Menyedari hal itu, maka Najib telah
berhempas pulas untuk meyakinkan semula rakyat negara ini bahawa Barisan
Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk memerintah negara ini.
Banyak tolak ansur telah dibuat
malah banyak juga 'pengorbanan' telah dilakukan demi memastikan negara tetap
aman, sejahtera dan makmur di bawah pimpinan BN. Sehingga, ada benda-bendanya
orang Melayu pu tidak berapa nak suka dengan keputusan yang dibuat, namun
keterpaksaan memungkin segala-galanya.
Meskipun, pelbagai tohmahan dan
telanjang menelanjangi dibuat oleh pihak pembangkang dan berkepentingan, namun
Najib dan barisan kepimpinanannya tetap tenang dan steady mengahadapinya. Kerja dan terus berkerja demi rakyat dan
negara sehingga tercetuslah selogan: Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diuatamakan.
NAJIB... semakin popular |
Bukan sekadar
selogan tetapi telah dipraktikan dari satu bab ke satu bab. Rakyat tahu, rakyat
nampak dan rakyat merasainya kecuali mereka yang telah dibuta dan ditulikan
hati perutnya. Dan, Najib nampaknya semakin popular. Tun pun akui kepopularan
Najib kini semakin mencanak (naik).
Cuma, yang menjadi kebimbangan
sekarang adakah kepopularan mampu meraih kemenangan besar? Sebab, sejauh mana
usaha kita telah memenangi hati rakyat sangat sukar untuk ditelah. Soal hati
adalah sesuatu yang amat subjektif dan ekslusif! Kerja hati adalah kerja Allah
Taala, para malaikat pun tidak tahu!
Jagindas: Ayuh rakan-rakan BN, selesaikan apa juga
yang belum diselesaikan sebelum parlimen diisytihar bubar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.