Khamis, 4 Oktober 2012

MALAYSIA HANTAR ANGKASAWAN KE BULAN


Calonnya Bernama Pungguk

Membaca dan melihat siaran rakaman perdebatan dan perbahasan di dewan adakalanya menggelikan hati. Adakalanya pula menyampah bila ada yang menggunakan kekebalan dewan berkelakuan bukan-bukan. Paling geli, bila ada anggota yang saja-saja gatal mulut nak bercakap juga tapi tak ada isi. Bukan apa tu, sebab nak bagi tahu rakyat di luar sana yang wakil rakyatnya pandai bercakap...
            NASIHAT saya kepada anggota dewan rakyat, dewan parlimen mahupu  dewan undangan negeri, sebelum mengajukan apa-apa soalan, eloklah dikaji latar belakang soalan itu terlebih dahulu.
            Janganlah hanya sedap-sedap nak bercakap, mengeluarkan isu macam bagus-bagus, berstandard antarabangsa namun pada realitinya yang melontar soalan bagaikan tidak pernah tahu langsung akan perkara yang dilontarkan.
            Seperti  Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam), takkanlah Datuk tidak pernah baca mengenai projek naik ke bulan dan tidakkah pernah YB membandingkannya dengan kemampuan kewangan negara sendiri?
            Memanglah soalan itu nampak gah tapi tidak ada nilai!  Kalau setakat hendak bagi tahu orang kampung bahawa wakil rakyatnya bercakap perkara global di dewan, saya fikir tak perlulah.


Jagindas: Kalaulah saya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, saya akan kata:  setakat ini kita bercadang nak menghantar beberapa pungguk sebagai mewakili kerinduan kerabat-kerabat  mereka yang sekian lama merindui purnama tersebut... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.