Perkapita Kian Meningkat
Datuk SK Devamani |
SEMALAM di parlimen, Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany, berkata pendapatan
isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun sebagai menjawab
soalan daripada ahli parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz, yang mahu tahu kadar
pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia (baca di sini).
Namun
Datuk Devamany, bukanlah itu soalnya. Apakah peningkatan pendapatan itu
berbaloi atau sepadan dengan tuntutan kehendak isi keluarga hari ini berbanding
dengan harga barangan keperluan. Atau hanya gah pada angka sedang taraf hidup
rakyat sebenarnya masih di takuk lama?
Sebagai
contoh, jika pendapatan hasil padi meningkat dari 1,000 tan setahun kepada 4,000
tan sedangkan penduduk pula dari 10,000 orang bertambah ke sejuta orang, adakah
peningkatan ini wajar dibanggakan berikutan ia masih gagal menampung keperluan semasa
di samping kos-kos sara hidup yang lain juga turut meningkat?
Justeru,
pendapatan rakyat hendaklah dibandingkan dengan kewajarannya menanggung
keperluan asas isi rumah atau peribadi. Misalnya, ketika pendapatan isi rumah sebuah keluarga RM350
sebulan pada tahun 1970 dia boleh menyimpan RM50 sebulan daripada pendapatannya
itu manakala pendapatannya ketika ini RM1,200 sebulan tetapi tidak dapat
menampung kos asas sara hidup, apakah kita kata keluarga berkenaan telah
berubah status yang lebih baik?
Dengan
kata lain, angka pendapatan itu harus berbanding dengan nilai ringgit serta kos
perbelanjaan semasa. Bukan jumlah perolehan tetapi sejauh mana nilai ringgit
mampu meringankan beban rakyat.
Maaflah,
saya bukan pakar ekonomi. Jangan marah haa, hehehe..
Jagindas: tak ada duit dan
tak ada hutang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.