Utusan Malaysia Sering Lewat Sampai
AKHBAR Utusan Malaysia adalah antara akhbar
perdana yang dikatakan bersemangat nasionalis khususnya dalam
memperjuangkan minda serta semangat
orang melayu dan bumiputera di samping terus meniupkan semangat muhibbah antara
kaum bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat dan bermarwah.
Kekentalannya
itu menyebabkan banyak pihak yang iri hati dan menyangsikan diri terhadap peranan
akhbar itu sehingga berlaku komplot serta kempen memboikot akhbar berkenaan
termasuk memboikot wartawan-wartawannya.
Serentak
itu juga, kempen memartabatkan akhbar itu di khalayak pembaca digempur menerusi
pelbagai cara serta sokongan bagi memintas sikap perkauman yang ditiupkan oleh
kumpulan berkenaan yang lebih tegas disebut sebagai puak anti-melayu.
Saya
sendiri turut memberikan sokongan dengan berubah menambah satu lagi bahan
akhbar di rumah iaitu Utusan Malaysia selain dari akhbar arus perdana lain yang
terlanggan sebelum ini.
Pun
begitu, sejak akhir-akhir ini proses penghantaran akhbar itu ke kawasan
pendalaman dan pinggir bandar selalu berlaku kelewatan melampau iaitu sehingga
mencecah pukul satu petang. Malah, adakalanya peruncit tidak mengambil atau
menerimanya menyebabkan pada hari berkenaan akhbar tersebut tidak dapat
ditatapi.
Ini
memang leceh. Bagi mendapatkan laporan segera, pelanggan akhbar berkenaan terpaksa
mendapatkan akhbar lain sekali gus ia telah meningkat kos perbelanjaan akhbar
harian mereka.
Apakah
masalah yang dihadapi pengurusan Utusan Malaysia sehingga kerap berlaku
demikian? Tidak menjadi kekesalan jika berlaku sesekali, namun jika telah
berulang kali dan dalam tempoh yang kerap, ia sedikit sebanyak menurunkan minat
pelanggan untuk memilikinya.
Justeru,
ketika sokongan sedang padu pihak utusan sepatutntya sentiasa memperkukuhkan
keyakinan pelanggan sebagai akhbar pertama sampai ke destinasi dan riba pembacanya.
Jagindas: baca semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.