Penduduk Tidur Tidak Lena
Dalam satu kenyataan media semalam,
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail
Omar, mengakui tahap kebimbangan orang ramai terhadap perlakuan jenayah masih
tinggi ketika ini di
sini.
Jika
itu dapatan yang diperolehi polis, bermakna indeks aktiviti jenayah khususnya
yang membabitkan harta dan nyawa manusia di negara ini sebenarnya masih tidak berubah
atau tidak menunjukan penurunan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Tidak
sahaja di bandar-bandar malah jenayah seperti itu juga kini semakin
menjadi-jadi di kawasan kampung serta taman-taman perumahan di pinggir-pinggir
bandar.
Di
kampung misalnya, kalau dulu penduduk boleh tidur lena selepas pukul 12 malam,
tetapi sekarang ada kampung yang penduduknya terpaksa membuat giliran rondaan
malam bagi mengawal kemasukan penjenayah memecah rumah dan menyamun.
Memang,
penduduk tidak boleh meletakkan 100 peratus keselamatan kampung kepada polis
namun apabila aktiviti kawalan kampung terpaksa dibuat, ini dengan sendirinya menunjukan
bahawa perlakuan jenayah semakin mengancam penduduk.
Penduduk
menjadi semakin resah apabila penjenayah terbabit tidak sekadar memecah masuk
rumah malahan mereka juga bersenjata seperti pisau dan parang dan turut
mengancam keselamatan penghuninya terutama kaum wanita dan anak gadis.
Justeru,
selain daripada memastikan anggota risikan dapat menjerat penjenayah atau "master maind"-nya, polis juga
diharapkan dapat memastikan semua pendatang di negara ini adalah yang sah
manakala pendatang tanpa izin (Pati) hendaklah di sapu bersih.
Di
sesetengah tempat, aktiviti pecah rumah turut berlaku pada waktu siang iaitu hanya
dalam selang beberapa jam sahaja rumah ditinggalkan misalnya tatkala
penghuninya keluar minum pagi atau ke pasar.
"Kita
melakukan aktiviti rondaan malam dari pukul satu pagi hingga lima pagi, namun
geng pecah rumah sempat juga memecah masuk rumah mangsnya kira-kira pada pukul
enam pagi," kata seorang peronda kampung, Zaini, yang begitu bimbang
ditakuti penjenayah bertindak agresif terhadap mangsanya.
Orang
tua dan rumah yang tidak ada orang lelaki sebagai penghuninya adalah golongan
yang paling bimbang dan takut berikutan penjenayah terbabit kerana mereka mudah
menjadi mangsa. Tindakan itu menggambarkan seolah-olah penjenayah dapat
mengenalpasti rumah-rumah seperti itu.
"Kalaupun
penjenyah itu bukan orang tempatan, barangkali juga geng tersebut mempunyai tali
barut dari kalangan penduduk tempatan berikutan modus operandi kegiatan mereka
itu seprti begitu terancang," katanya.
Sehubungan
itu, penduduk menyarankan agar polis membantu penduduk tempatan membuat satu
makanisma yang teratur dan selamat dalam sistem rondaan yang turut membabit
angota rela dan penduduk tempatan sendiri.
Jagindas: Ekonomi negara
dikatakan semakin berkembang dan meriah namun pada masa sama aktiviti judi
haram, dadah dan pecah rumah juga sama naik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.