Sabtu, 27 Oktober 2012

PENAMPILAN ARTIS

Ada Atau Tidak Nas dan Dalil
Mengharuskan Kerjaya Lakonan

Dangdut, Nasyid dan lakonan

SALAH sebuah akhbar perdana hari ini memetik satu kenyataan daripada sumber Muzakarah JawtankuasaMajlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) yang dijangka bersidang bulan depan akan antara lain membincangkan hukum mengenai penampilan artis ketika melakonkan sesuatu watak.
            Selain pelakon, ia jugadikatakan meliputi juruhebah radio (DJ) yang  sengaja meniru aksi, suara, penampilan, pelakuan atau cara berpakaian jantina berbeza seperti pondan, tomboy, pengkid dan yang seumpamanya.
[sumber: Berita Harian/Nasional/Jumaat - 26 Oktober, 2012/p.8]

            Penulis memang sudah lama menantikan isu ini dibincangkan oleh majlis berkenaan berikutan nampaknya semakin ramai generasi muda yang berperangai demikian. Semacam satu trend pulak dah. Meluat benar apabila mendengarkan DJ-DJ yang melakon watak tersebut. Khaaak tuih!
            Pun begitu, sebelum sampai kepada tarikh perjumpaan semeja antara Majlis Fatwa dengan JAKIM bulan depan, penulis ingin meluahkan satu pandangan peribadi iaitu, adakah dalam Islam terdapat paling tidak satu nas yang jelas membolehkan kerjaya dalam bidang lakonan dan nyanyian?
             Kalau jawapannya tidak boleh atau diharamkan, maka secara terusnya apa sahaja berkaitan dengan lakonan dan nyanyian dengan sendirinya haram. Dan, kalau pula dibenarkan (atau sekurang-kurangnya diharuskan) kerjaya berlakon/menyanyi dalam Islam, maka perincikan supaya khalayak terutamanya orang Islam mendapat maklumat dengan jelas mengenai isu berkenaan.
            Seperti bidang nyanyian, terdapat sesetengah pihak kata kalau nasyid atau lagu berunsur keagamaan, ketuhanan atau nasihat diharuskan. Soalnya, HARUS yang macam mana? Dalam kedua-dua keadaan tersebut khabarkanlah dengan jelas nas-nas yang berkaitan, dalil-dalil dan rujukannya.
            Terutama penyanyi dari kalangan wanita. Dan, selepas itu terpulanglah kepada umat Islam negara ini sama ada mahu atau tidak mematuhinya. Malah, sehingga hari ini pun masih ada yang mempertikaikan peserta wanita dalam Tilawah Al-Quran yang setiap tahun negara anjurkan. Kalau itupun masih menjadi konflik, apatah lagilah perempuan yang menggunakan suaranya untuk mempersembahkan hiburan!
            Justeru, bagi penulis kerjaya sebagai artis seperti berlakon dan menyanyi itu perlu diperjelaskan terlebih dahulu hukumnya. Sejajar itu juga, pihak berkenaan hendaklah menyatakan dengan tegas undang-undang berkaitannya serta kaedah-kaedah penguatkuasaannya.


Jagindas: Kalau orang Islam minum arak, berjudi  di khalayak, dia boleh ditangkap dan didakwa. Majlis Fatwa memutuskan merokok dan yang seumpamanya adalah HARAM. Apa penguatkuasaannya? Jadi, isu ini pun kena diperjelaskan lagi! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.