AHMAD MASLAN... Jangan main benda pelik |
Hasrat Hadi Lawan Najib
KHABARNYA, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad
Maslan, merasa pelik mendengarkan berita Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen
Pekan menentang Datuk Seri Najib Razak baca
di sini
Apa yang
peliknya, Ahmad? Penulis nak ingatkan Ahmad, jangan mudah sangat pelik, terperanjat mahupun tidak percaya. Jangan
main-main dengan benda-benda pelik. Kalau dibuat hasilnya jadi kejutan, ada
yang tumbang berdiri hanya disebabkan benda pelik.
Jangan mudah
perlemahkan pihak lawan. Soal mengapa Hadi dan mengapa tidak calon yang lain,
itu tidak timbul. Yang perlu diambil perhatian adalah Najib akan ditentang
orang kuat PAS. Saya ulangi, Najib akan ditentang oleh orang kuat PAS (kalaulah
benar terjadi).
Jadi,
bagaimana persediaan kita? Misalnya, mungkin kita kena dapatkan 'keris taming
sari' untyuk diserah kepada Najib supaya mudahlah dia menentang pahlawan Haji
Hadi nanti.
Sambutlah
dengan tenang cabaran itu dan bersiapsiagalah menghadapinya. UMNO tidak perlu
mencadangkan siapa-siapa dari PAS untuk menandingi Najib atau sesiapa sahaja
pemimpin tertinggi UMNO/BN di mana-mana kawasan pilihanraya.
Jangan
peleceh dan jangan sindir menyindir. Dalam apa-apa pertandingan sebarang
kemungkinan akan berlaku. Hari ini orang kata YA, esok belum tahu lagi.
Kadang-kadang waktu pagi kata OK, bila sebelah petang dah katak TAK OK
pulak.
"UMNO tidak ada halangan kalau sesiapa
sahaja daripada pihak pembangkang hendak melawan Najib di ParlimenPekan dalam
PRU13 nanti atau di mana sahaja kawasan. Kita bersedia ke arah itu meskipun
kalau boleh kita berharap tiada pertandingan di situ...." lebih kurang macam inilah sepatutnya Ahmad kata.
Justeru,
nasihat penulis kepada semua pemimpin UMNO/BN semakin hampir berlaku
pilihanraya, maka semua pihak seharusnya semakin berhati-hati, bersedia dan
celik mata akal dan fikiran.
Jagindas: Semoga menang dengan jayanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.