Biarlah Jadi Rahsia PM
KEPADA wartawan dan editorial sekelian,
sudah-sudahlah bermain dengan isu tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) ni. Kalau sudah
tidak ada apa yang hendak ditanya, lebih baik diam sajalah dan dengar saja
soalan daripada rakan-rakan lain atau tulislah apa sahaja yang terkeluar
daripada mulut sumber.
Tarikh
pilihanraya bukan lagi satu cerita mengghairahkan lagi melainkan apabila
pembubaran parlimen telah diisyhtiharkan oleh Perdana Menteri (PM). jadi, tidak
usah buang space-lah. Banyak benda
lain boleh dipaparkan.
Kalau
nak tanya bab tarikh juga, barangkali soalan-soalan seperti berikut boleh membantu
kut:
1. Bilakah agaknya persidangan dewan
rakyat yang terakhir untuk musim ini?
2. Berapakah anggaran bajet untuk belanja
pilihanraya kali ini berbanding pilihanraya sebelum ini?
3. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi
menggalakkan lebih ramai pengundi keluar mengundi?
4. Merujuk kepada laporan The Malaysian
Insider, apa komen PM/TPM terhadap dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri
Musa Hasan mengenai peningkatan kadar jenayah dikaitkan dengan hubungan rapat pegawai
atasan PDRM dengan bos-bos kongsi gelap di negara ini?
Haaa,
nanti bila dia bagi jawapan, heretlah sampai 20 para pun tak apa. Lagi dan lagi
dan lagi dan lagi.......Kalau dia
kata 'no comment' pun, boleh dibikin-bikin
cerita bang..
Jangan
marah, haaaa..
Jagindas: Tentang soalan
ke-4 di atas tu, teringat penulis satu pepatah cina yang menyebut: Kalau kepala
ikan sudah rosak (busuk) maka isinya juga tentulah rosak sampai ke ekor.....Tolong
selak kain depa sikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.