Jemputan Ke Majlis Ilmu Untuk
Kerabat-Kerabat Sahaja
SEMBANG-SEMBANG petang tadi sambil menunggu
maghrib tiba, terdengarlah keluhan seorang rakan terhadap pengurusan
jawatankuasa masjid di kariahnya. Dulu-dulu pun dia selalu sahaja bawa
cerita-cerita berkaitan masjid di kariahnya. Yang elok ada yang tak baguspun
ada.
Katanya,
malam Jumaat lepas masjid kariahnya menjadi tuan rumah sambutan maalhijrah bagi
daerah Kinta. Katanya, surat-surat edaran dan jemputan dibuat oleh pejabat
daerah. Tetapi malangnya, surat-surat edaran tersebut diedarkan kepada jemaah
pada hari (siang) Jumaatnya. Yakni setelah program berlangsung malam tadi.
Maka,
tertanya-tanyalah ahli-ahli kariah apakah sebenarnya yang telah berlaku.
Selalunya, kata beliau kalau pun surat-surat seperti itu tidak mampu untuk
disampaikan dari rumah ke rumah, beberapa keping surat berkenaan masjid ditampalkan di tempat-tempat strategik
seperti kedai kopi. Atau, ianya dilambakkan di beberapa kedai atau tempat yang
selalu orang Islam berhimpun.
"Dari maklumat yang saya terima memanglah
juga ramai yang datang. Tetapi majoritinya adalah orang luar iaitu dari
kariah-kariah lain atau mukim lain dalam kinta sebab mereka didatangkan kerana
kita tuan rumah majlis tersebut. Barangkali, mungkin mereka jemput orang yang
menerima hadiah sahaja kut.."
"Takkan hal-hal macam inipun ada
sabotaj. Atau, yang ada ada itu cuma mabuk jawatan tetapi tak boleh buat
kerja!" katanya.
Beliau
kesal dengan pengurusan majlis itu kerana ramai yang terkilan kerana tidak
dapat mendengar kadungan ceramah perdana daripada penceramah jemputan. Yang
pasti katanya seekor lembu ditumbangkan bersama nasi minyak.
"Barangkali juga mereka takut makanan
tak cukup atau barangkali juga mereka taut tak ada lebih makan untuk dibawa
balik selepas majlis habis", katanya dengan nada sinis.
Sahut
seorang rakan lagi, berkata entah di mana silapnya, sesudah beratus kali
ceramah agama didatangkan namun sikap jemaah tidak juga berubah malah makin
teruk pun ada. Menurutnya, kalau jemaah bersedia hendak berubah, mendengar
khutbah Jumaat setiap minggu pun sudah melebihi daripada cukup.
Jagindas: Di masjid kariah
rakan penulis itu, setiap kali selesai sembahyang Jumaat, ada laungan takbir 3
kali. Dilihat betul-betul cara laungan dan sahutannya itu bukan kerana zikir
tapi lebih mirip kepada perjuangan parti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.