Jumaat, 28 Disember 2012

"MUZIUM KAPAL LAUT TLDM"


Terasa Naik Darah Panglima Tika Menyusurinya
KIRI ke Kanan: ...Haluan kapal, Bahagian tengah dan radar


LANGKAH kerajaan negeri Perak dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadikan kapal KD Rahmat sebagai Muzium Kapal Laut TLDM (MKLTLDM) wajar dipuji kerana kena pada masa, tempat dan agendanya. Muzium tersebut didamparkan di perairan cetek Lumut berhampiran Jeti iaitu kira-kira 2km sebelum sampai jeti Lumut-Pangkor. Kawasannya begitu strategik dan menarik.
            Penulis yang sempat menjenguk muzium itu baru-baru ini merasakan perlu merakam ucapan tahniah serta penghargaan kepada mereka dan agensi yang terbabit membangunkan muzium tersebut. Syabas!
            Setakat ini hari ini ia dibuka kepada orang ramai dari pukul 11 pagi hingga 6 petang di mana pengunjung dikenankan caj masuk sebanyak RM12 bagi orang dewasa dan RM7 bagi kanak-kanak/budak sekolah/pelajar.
            walaupun ada yang menganggap caj tersebut 'agak' mahal tetapi bagi penulis ia berpatutan berikutan kos pengurusan dan penyenggaraan muzium boleh dikatakan agak tinggi juga.
            Seperti yang pernah penulis ceritakan sebelum ini tentang beberapa projek membangunkan kawasan dan benda menarik di negeri ini khususnya dalam konteks pelancongan yang kemudian terbiar atau dibuat endah tak endah sahaja oleh pihak berkenaan, penulis berharap muzium kapal tentera laut ini tidak di pukul nasib yang sama.
            Ini kerana, sepanjang penulis menyusuri ke segenap lapisan muzium kapal berkenaan, sudah ada tanda-tanda  'kelalaian penyenggaraan'  berlaku. Selain itu, pihak terbabit juga didapati kurang kreatif untuk menjadikan muzium itu lebih menarik dan mampu meruntun hati dan jiwa pengunjungnya.
            Penulis juga sempat berkongsi pandangan inidengan beberapa pengunjung lain yang sama-sama melawat musium tersebut. Seorang pengunjung, dikenali sebagai Latif, 50an, berkata pengurusan muzium seperti itu bukan sahaja memerlukan kepakaran tetapi juga kreativiti yang halus bagi menjadikannya lebih menarik, bermakna serta mampu menarik pengunjung ke situ.
            "Sayang seribu kali sayang, ia bukanlah sebuah muzium buatan tetapi adalah sebuah "Kapal Perang Sebenar" yang mana boleh dikatakan 90 peratus perkakasan asalnya masih ditempatkan di situ," katanya.
            Pada fikiran penulis seorang kampung yang buta teori barang antik dan nilai tarikan pelancong ini, bersetuju dengan pandangan Latif kerana masih banyak benda boleh dilakukan ke atas muzium itu tetapi ia memerlukan kekreativitian yang tajam.
            Justeru, penulis berharap pihak terbabit segeralah bertindak kerana permata sudah ada di depan mata cuma tidak digilap dan dicanai.  Jika tidak permata sekalipun akan tetap dikata kaca.




Jagindas: Letih weh nak cakap benda-benda macam ni. Cerita sebelum ini  klik di sini   dan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.