Isnin, 24 Disember 2012

UMMI HAFILDA, TUNKU AZIZ DAN CIKGU NON

Teruskan Missi Perjuangan Menyelamat Ummah. Syabas!

Demi kesejahteraan umat Islam, bangsa dan negara

SEDIKIT rasa keciwa apabila penulis membaca berita ini  klik di sini.  Bukan apa, cadang-candangnya ada jugaklah hati..apa boleh buat, sudah rezeki Dr. Zaman Khan. Untung, rugi, sihat, sakit demam, jodoh pertemuan, tanah perkuburan semuanya ditangan Allah. Buatlah macam mana rancang sekalipun, namun ketentuan Allah juga yang sebenar-benarnya akan terjadi. Berapa ramai yang berharap malah ada yang berdoa hendak mati di Makkah..namun tidak semua yang diperkenankanNya. Begitulah. Ummi, ummi....Merinduilah aku kepada mu sepanjang hayat!
             Kah kah kah kah kah...Melawak yop... Terbaca berita Ummi Hafilda ini penulis teringat berbagai-bagai kisah suka duka dan dedah mendedah yang dilakukan oleh beliau sedikit masa lalu terhadap keburukan parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan ketua pemimpinnya - Anwar Ibrahim, abang Ummi - Azmin Ali dan macam-macam lagi yang pada fikiran penulis pembaca sekalian juga pernah mengikutinya. Itu, dari bahagian sebelah PKR.
             Dan, sejak beberapa hari lalu pula, seorang bekas pengikut tegar PAS, Zainon Ismail yang juga dikenali sebagai C.N. Al-Afghani menjadi tumpuan media terutama Utusan Malaysia berikutan kebangkitannya atas keinsafan tulen bahawa 'pendidikan PAS' telah banyak menyeleweng serta menghanyutkan orang Melayu dan Islam daripada landas dan peradaban kehidupan manusia yang beragama Islam. Bermula dengan kecelaruan  serta mara bahayanya "Amanat Haji Hadi Awang" yang dilafazkan dan di "fatwakan" oleh PAS pada tahun 1981, Zainon kini berjanji tidak akan berdiam diri selagi PAS terutama Hadi Awang berdegil untuk menarik semula semua "fatwa-fatwa" gila yang telah menyesatkan ramai orang Melayu dan Islam di negara ini. Hanya semata-mata demi kepentingan politik peribadi Hadi Awang dan konco-konconya serta PAS umumnya.
            Penulis merakamkan terima kasih serta rasa terhutang budi kepada Zainon atas kesediaan dan keikhlasannya bagi menyatakan apa yang sebenarnya dan yang terselindung di sebalik tabir PAS yang tidak semua khalayak mengetahuinya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana atas kehendakNya juga maka taubat, keinsafan dan kesedaran telah dikurniakan kepada insan bernama Zainon Ismail. Secara berani Zainol turut menyempurnakan sebuah buku berjudul "KAFIRKAH AKU" yang merungkai kebingaian fatwa-fatwa PAS yang menyaksikan pelbagai tragedi perpecahan ummat.
            Benarlah kata guru, bahawa yang berilmu akan diuji dengan ilmunya. Nik Aziz, Hadi dan rakan-rakan ulamak mereka terus tidak akan mahu mengakui kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan. Padahal, sudah memang jelas ibarat sudah terang lagi bersuluh ternyata sudah bidaah yang dilakukan. Demikianlah Allah menguji terhadap mereka yang angkuh, riak dan sombong terhadap ilmu yang mereka miliki. Wallahhu'allam, Na'uzubillahminzaliq.
            Kemunculan Zainol, penulis lihat semacam ada penggiliran dengan Ummi Hafilda. Ummi menembak ke kem PKR manakala Zainol menembak ke kem PAS. Dan tidak dilupa juga, Tunku Aziz menembak ke kem DAP (tapi Tunku Aziz memang orang politik secara terus manakala Ummi dan Zainol ada beza sedikit dari segi latang belakang)
            Rasanya sudah lama benar tidak mendengar hentakan Ummi memperosah PKR.  Penulis tertanya-tanya, apakah Ummi sudah kekeringan bahan setelah habis semuanya dihamburkan sebelum ini atau apakah Ummi dalam ketakutan? Jangan, jangan gentar. Berpeganglah kepada "Berani Kerana Benar" bukan sekadar mentelah-telah tetapi lengkap dan padat dengan bukti. Ataukah barangkali Ummi sedang keletihan? Ummi sahaja yang tahu jawapannya.
            Kami yang duduk di hujung-hujung kampung dan tanjung ini memang banyak ketinggalan info. Ramai yang datang bertandang pun, info-nya banyak yang tidak betul. Tipu dan fitnah! Jadi kalian yang bergelumang dengan pengkhianat-pengkhianat bangsa dan agama tersebut sebelum ini wajar malah wajib terus bersuara demi menyelamatkan ummah, bangsa dan negara.
            Nak kahwin.., kahwinlah Ummi. Kita tak ada jodoh tak apa, nanti kat sana mana tau? (maaf, tersasul lagi). Tapi yang mustahaknya, perkahwinan itu nanti tidak pula akan menjadi sempadan tamatnya perjuangan Ummi demi yang penulis katakan tadi - ummah, bangsa dan negara.
            Kepada Cikgu Non (Zainon Ismail) penulis sekali lagi ucapkan syabas dan semoga Allah terus memberikan kekuatan dan kebenaran kepada kamu. Penulis yakin Allah dan para malaikatnya akan sentiasa bersamamu. Yakinlah! bahawa anda sedang berjalan dan berlari di atas landasan yang sebenar, iaitu Islam.
            Buat Tunku Aziz, Karpal Singh nampaknya sudah mula marahkan Tunku. Lantaklah apa dia nak cakap. Apapun tekanan yang dia beri, jangan sesekali Tunku terjelimpuh sujud ke kakinya! Ampun, pergi jahanamlah Karpal tu. Kalau dia merasakan kedudukannya sebagai lawyer yang tepu dengan pengalaman sehingga dia perasan khalayak gerun, jangan lupa kalau Allah menghendaki, esok lusa (atau la ni jugak kata orang utara) lidah dia boleh Allah kelukan! Insya-Allah.
           

Jagindas: Rileks yop. Dengo lagu ni klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.