Tinggal kenangan... |
Meninggalkan Khazanah Besar Seni Negara
AL-FATIHAH
buat seniman Datuk Aziz Sattar, 89, yang telah meninggal dunia pada kira-kira
pukul 2 pagi malam kelmarin akibat masalah jantung. Berita penuh di
sini.
Sekali-gus, hero filem melayu dan
mereka yang bertanggungjawab memeriahkan filem-filem melayu era zaman 50an –
akhir 60an, kini boleh dikatakan sudah tiada lagi. P Ramlee, S Shamsuddin, Aziz
Sattar, AR Tompel, Ibrahim Din dan M Zain semuanya sudah kembali kerahmatullah..
Di zaman kegemilangan filem melayu
acuan mereka ketika itu, seniman-seniman terbabit semuanya saling lengkap
melengkapi. Dalam cerita Bujang Lapok, watak P Ramlee dan Shamsuddin pastinya
tidak menjadi tanpa Aziz Satar. Begitu juga sebaliknya.
Doremi misalnya, tanpa Ibrahim Din dan AR Tompel filem
itu tentunya tidak mampu membuat penonton pecah perut ketawa. Demikanlah juga
dengan filem-filem lain yang mereka lakonkan, kemeriahan cerita dalam filem
tersebut dihidupkan oleh watak-watak yang dilakonkan mereka.
Jelas kita lihat, apabila P ramlee
dan ARTompel meninggal dunia,
rakan-rakannya seperti Ibrahim Din, S Shamsuddin dan Aziz Satar sendiri, pernah
berlakon dalam filem-filem era baru, namun mereka tidak mampu menimbulkan watak
kelakar, lucu mahu pun sedih pilu sebagai mana yang mereka lakonkan bersama-sama
rakan sejati mereka sebelum ini.
Begitulah besarnya erti lengkap dan
saling melengkapi bagi seniman-seniman tersebut dalam menghidupkan watak-watak
yang mereka lakonkan tidak kira sama ada ia bersifat kelakar,lucu mahupun sedih
dan serius.
Ramai yang mahu memiliki kehebatan
seperti mereka tetapi sehingga kini tiada siapa pun yang dapat setanding apatah
lagi mengatasi kehebatan mereka. Itulah anugerah yang Tuhan berikan kepada
seniman-seniman tersebut. Mereka adalah
orang yang Tuhan pilih untuk diangunerahkan kebolehan serta kehebatan dalam
bidang seni lakon (nyanyian juga). Padahal, mereka tidak memiliki pendidikan
formal terhadap ilmu perfileman dan nyanyian. Begitulah besarnya nilai anugerah
Ilahi.. Dan mereka telah menghargi anugerah tersebut pada landasan yangtepat.
Seniman zaman mereka adalah
berteraskan “seni untuk masyarakat”. Sebab itulah barangkali lakonan mereka
begitu hidup dan berkesan. Cerita-cerita yang dipaparkan diadaptasi daripada
pelbagai kisah biasa masyarakat. Di adun dalam kaedah yang mudah tetapi mampu
meruntun jiwa penontonnya. Ketawa dan sedih sama sahaja kerana kedua-duanya
boleh mengalirkan air mata.
Seperti kata Penyair A Samad Said dalam puisinya
mengenang pemergian P Ramlee.. “Ketiadaannya dirasakan kehadirannya. Kehadirannya dirasakan kehilangannya..”
Akankah patah tumbuh hilang beganti?
Jagindas: Al Fahihah....
amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.