Elak 食べる (Taberu) Sushi, Jika Was-Was
PUSAT membeli belah terkemuka AEON telah
membuka cawangan ke tiganya di Perak bertempat di Bandar Seri Manjong. Gedung
yang menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 1,000 orang itu telah dirasmikan
oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kader pada 8 Disember lalu.
Penulis
sempat berkunjung ke gedung itu baru-baru ini menyifatkan ia sebagai gedung membeli
belah bertaraf mewah dan sememangnya boleh dibanggakan oleh rakyat Perak
khususnya penduduk di Daerah Manjung dan kawasan sekitarnya. Ia juga
menyediakan lebih 2,000 lot tempat kereta berbayar termasuk di atas bumbung.
Malangnya,
ada sesuatu yang penulis rasa tidak sedap hati apabila terdapat khabar-khabar
angin mengatakan bahawa makanan resepi Jepun, "sushi", yang terjual
di situ didakwa 'TIDAK HALAL".
Namun,
penulis tidak diberitahu dari sudut manakah unsur-unsur penyebabnya sehingga
dakwaan itu dibuat. Justeru, penulis berharap pihak berwajib khususnya Jabatan
Agama Islam Perak (Jaip), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya
menyiasat dakwaan ini dan segera memaklumkan kepada semua pengguna Islam akan
status makanan itu di situ.
Seperkara
lagi, ada kemungkinan juga sushi-sushi yang dijual di cawangan-cawangan AEON yang
lain bahkan barangkali juga di mana-mana pusat jualan yang meniagakan makanan
itu di seluruh negara perlu di semak semula bagi memastikan kesahihan
kehalalannya.
Sejajar
itu juga adalah disarankan supaya pihak terbabit khususnya JAKIM supaya kerap membuat
semakan mengejut (tanpa jadual) ke semua dagangan makanan yang diisytiharkan
halal oleh pemiliknya bagi memastikan ia sebenar-benarnya adalah HALAL walaupun
selepas diberikan sijil halal.
Dalam pada itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Jamil Khir, memaklumkan JAKIM kini bakal memiliki makmalnya sendiri yang
bertaraf dunia bagi menguruskan hal-hal berkaitan halal dan kehalalan di
sini.
Jagindas: Apabila berasa
was-was terhadap sesuatu makanan maka eloklah diabaikan sahaja kerana ia lebih
menghampiri kepada haram - wallahhuallan.
http://www.halal.gov.my/ehalal/directory_standalone.php?type=M&cari=sushi
BalasPadamhttp://www.hdcglobal.com/upload-web/cms-editor-files/HDC-122/file/Paper8_Qamarina.pdf
BalasPadamlihat juga pdf ini