Gambar Hiasan: Najib dan YDP Agong |
Bersesuaian Dengan Semangat Yang Sedang
Meluap-Luap
HANYA, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri
Najib sahaja yang tahu sebab mursababnya yang sehingga hari ini masih
menyembunyikan tarikh pilihanraya ke 13 (PRU13) yang begitu dinanti-nantikan
oleh rakyat Malaysia. Pelbagai spekulasi sebelum ini sejak tahun lalu, kini
menjadi senyap kerana sudah maklum bahawa bila-bila masa sahaja dari sekarang
pengumuman pembubaran dewan parlimen (DP) dan dewan unang negeri (DUN) boleh
berlaku.
Sementera
itu, pihak yang merasakan bijak pandai sedang mengatur beberapa siri
perhimpunan aman (katanya) yang dihujung-hujungnya adalah usaha terakhir untuk
menarik simpati rakyat menyokong pakatan mereka iaitu Pakatan Rakyat (PR). Yang
terbaru, walaupun namanya perhimpunan Shamsidar tetapi kandungannya adalah
lebih kepada isu pilihanraya. Entah mengapa nama Shamsidar ada di situ, kita
pun kurang maklum. Dalam bab ini, penulis rasa hanya Anwar Ibrahim sahaja yang
tahu!
Justeru,
bagi penulis sekarang adalah masanya PM memutus dan mengisytiharkan keputusan
membubarkan DP dan DUN. Pada fikiran
penulis, Najib tidak perlu menanti tarikh 28 April, 2013 sebagai tarikh dengan
sendirinya DP terbubar. Teka teki rasanya sudah tidak memberikan nilai
"terkejut" lagi kepada rakyat khususnya bagi mereka yang layak
mengundi di PRU13 ini.
Dilihat
sekarang sama ada dari sudut kerajaan mahu pun pembangkang, buruk dan baik
masing-masing sudah habis terlondeh kalau tidak pun semua tetapi sudah cukup
untuk melayakkan rakyat membuat keputusan terhadap parti yang mana perlu mereka
pilih dalam pilihanraya nanti.
Semua
pihak sudah mengakui bahawa jentera masing-masing telah siapsiaga. Ibarat bom nuklear,
ia hanya menunggu detik dan penekan punatnya sahaja untuk diletupkan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu badan yang bertanggungjawab besar dalam
urusan pilihanraya pun sudah menyatakan kesiapsiagaannya.
Program-program
kerajaan mahupun pembangkang yang sudah diatur tentu akan terus dilaksanakan sepanjang
tempoh bertenang dan berkempen itu dan pastinya ia tidak terganggu dengan
pembubaran kedua-dua dewan itu.
Jadi,
masanya sudah sampai. Penulis percaya dengan pembuburan DP dan DUN sekarang
akan lebih menaikan lagi semangat kepada semua pihak lebih-lebih lagi
penyokong-penyokong BN kerana bagi penulis ia dibuat disaat sebelum klimaks
menurun ke "turning point". Lagipun, difahamkan beberapa negeri akan
terbubar DUN masing-masing dalam tempoh terdekat ini.
Jagindas: Rakyat
Malaysia, buktikanlah kita memenag mencintai keamanan, kesejahteraan dan
kegemilangan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.