Dari Kiri: Nik Aziz, Hadi dan Harun |
Akhirnya Pas Sedar...
Majlis Syura Pas yang bersidang semalam
akhirnya memahamilah isu sebenar berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh
kitab-kitab agama lain selain agama Islam. Minggu lalu (9/1/13), penulis sudah
ulas serba sedikit terhadap isu itu dan akhirnya apa yang dikatakan Nik Aziz
(dan majlis syura Pas), samalah seperti apa yang penulis kata sebelum ini [klik
di sini]
Itu
sebablah awal-awal lagi penulis kata semua pihak mesti ambil masa bertenang
apabila berhadapan dengan isu-isu terutama yang bersifat sensitif. Jangan ingat
bila kita ahli agama, maka baca sepintas lalu sudah mafhum luar dan dalamnya.
Jangan ingat bila kita adalah hakim, tengok saja kertas pertuduhan sudah tahu
apa hukumannya. Janganlah masakan kita polis, tengok saja yang dicurigai, sudah
tahu apa kesalahannya.
Tak
boleh macam itu. Dengan satu perkataan bahkan dengan satu imbuhan pada kata
dasar, sesuatu kenyataan itu boleh berubah maksud. Sebab itu, hendaklah ambil
masa bertenang dan pastikan kita memahami bahasa!
Alhamdulillah!
Nah, sekarang mari kita berjuang habis-habisan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh
diterakan dalam kitab-kitab dan risalah-risalah agama Islam sahaja. Manusia
sejagat boleh menyebut Allah seberapa banyak mereka mahu. Yang kita tegah di
Malaysia khususnya di semenanjong ini adalah dalam mana-mana kitab, risalah,
skrip atau apa-apa yang menyerupainya bukan dalam agama Islam dilarang sama
sekali menterjemah kata "God" atau "Lord" sebagai ALLAH.
Jagindas: Apa-apa pun
jangan gelojoh ya sheikh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.