Berikutan Perhimpunan Shamsidar Aman Damai
Gambar Hiasan. |
PERHIMPUNAN Shamsidar sudah selesai. Macam
biasa dalam sehari dua selepas itu cerita dari mulut rentetan peristiwa
tersebut pasti tidak habis-habis. Dan, biasanya di kedai kopi adalah tempat
yang mudah didengari cerita-cerita 'penglipur' lara seperti itu.
Meskipun
ada beberapa syarat dilanggar oleh pihak penganjur terhadap perhimpunan
itu,namun banyak pihak yang memujinya kerana penganjur dikatakan telah melaksanakannya
dengan aman tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Meja
di sebelah penulis di sebuah kedai kopi, duduk seorang pemuda bersama
rakan-rakannya yang kelihatan begitu bersemangat menceritakan kisah semalam
yang kononnya beliau ada turut serta dalam perhimpunan itu. Katanya, dia berada
dalam Stadium Merdeka.
Sambil
membuka akhbar SINAR dihadapan kawan-kawannya, dia mengakui perhimpun kali ini
memang berjaya dan berjalan dengan lancar secara aman.
"Nampak
tidak semalam perhimpunan tersebut berjalan dengan aman. Tiada provokasi malah
polis membiarkan sahaja perserta berarak menuju destinasi. Perhimpunan sebelum
ini pun sebenarnya dilakukan sama tetapi mereka yang membuat provokasi sebab
itu berlaku macam-macam", katanya.
Penulis
agak tersentak juga dakwaannya itu kerana seolah-olah selama ini kejadian huru
hara dalam satu-satu perhimpunan sebelum ini disebabkan ada pihak ketiga yang
membuat provokasi. Dan, kalau meneliti kata-katanya itu, seolah-olah polislah
orang yang membuatkan provokasi itu!
Inilah
yang tidap sedap didengar. Peluang diberi untuk mewujudkan situasi 'menang-menang' dan bukannya menyebelahi mana-mana pihak.
Tetapi, oleh kerana sikap dan dendaman di hati yang tidak pernah bersyukur,
berterima kasih dan tidak pernah melihat kebaikan orang lain secara positif,
maka apapun yang kerajaan buat segala-galanya tidak betul.
Jagindas: Agaknya dia
menyesal sangat sebab dalam perhimpunan tersebut tidak berlaku insiden serang
menyerang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.