Isnin, 14 Januari 2013

FAHAMILAH ERTI "PERHIMPUNAN AMAN"


Berikutan Masih Ramai Yang Keliru..

ANTARA pindaan yang terdapat dalam akta baru keselamatan dalam negeri selepas kerajaan memansuhkan Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) 1948 dan 1960 adalah memberi peluang rakyat mengadakan perhimpunan secara aman tetapi bersyarat.
            Antara syarat yang mesti dipatuhi adalah perhimpunan hendaklah dilakukan di tempat yang di benarkan oleh pihak berkuasa atau kerajaan. Misalnya ditempat A atau B sahaja. Dengan mematuhi syarat lokasi ini, penganjur hanya perlu menghantar notis perhimpunan kepada polis dengan menyatakan antara lain tujuan, masa dan tempat (pilih A atau B saja).
              Manakala antara syarat-syarat lain pula adalah tidak mengadakan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan pergaduhan, dilarang membawa sepanduk atau sebarang poster yang boleh mentafsirkan atau ditafsirkan sebagai provokasi dan perserta tidak boleh membawa kanak-kanak di bawah usia 18 tahun ke perhimpunan  tersebut.
            Namun, masih ramai penganjur yang tidak faham maksud syarat lokasi dan notis perhimpunan ini. Bukan sahaja di kalangan pembangkang bahkan juga dari kalangan Barsian Nasional (BN) sendiri.
            Sekiranya, penganjur memilih lokasinya sendiri (bukan A atauB yang tetapkan) dan polis menerima aduan orang awam terhadap hasrat dan pelakuan itu, maka pihak polis boleh bertindak menyuraikan atau membatalkan perhimpunan tersebut. Dan, apabila ini terjadi, pihak penganjur akan menyalahkan pihak berkuasa dengan mendakwa pihak berkuasa telah menyekat kebebasan berhimpun seperti yang dibenarkan oleh kerajaan.
            Di luar-luar bandar, perhimpunan yang berselindung di sebalik ceramah-ceramah politik masih dilakukan dipelbagai lokasi mengikut pilihan penganjur sendiri. Setakat ini masih belum menimbulkan kekecohan kerana pihak polis tidak menerima aduan orang awam meskipun polis telah menolak lokasi yang dipilih penganjur dan menasihati mereka mematuhi syarat-syarat lokasi.
            Apabila tidak ada bantahan penduduk, ini jelas menunjuk bahawa orang awam juga masih tidak memahami erti serta kandungan-kandungan yang disebut dalam syarat-syarat perhimpunan aman yang telah diluluskan oleh kerajaan.
            Sehubungan itu, semua pihak terutama pemimpim-pemimpin tempatan seperti Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK), iman-imam dan pasukan sukarela seperti Ikatan Relawan (Rela) sewajarnya memahami maksud ini dan bertindak kepada pihak berwajib (polis) jika terdapat perhimpunan-perhimpunan yang tidak mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan kerajaan.
            Dengan termatrerinya akta baru perhimpunan itu, setiap lapisan rakyat mempunyai hak mereka dalam menentukan keselamatan,ketenteraman awam dan keamanan sejagat.
           

Jagindas: Jangan baca sekerat-kerat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.