Menteri mana yang tak gembira kalau semua rakyatnya selamat |
Indeks-Indeks Ni Tak Main
laa wehh...
ITULAH dia Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein
Onn, Menteri Dalam Negeri. Kerana setiap indeks yang dinyatakan ada sahaja yang
disangkal oleh pihak lain dan secara tidak langsung tindakan mereka itu mencalar
reputasinya sebagai Menteri Dalam Negeri, mana lagi nak jaga nama baik Ketua
Polis Negara, maka akhirnya beliau mengambil jalan pintas ikut atas udara:
INDEKS JENAYAH TIDAK PENTING. [baca di
sini]
Lega!
Yang penting, kementerian telah mengatur tugas polis dengan penuh siapsiaga dan
bersedia memastikan apa juga bentuk jenayah mesti dikurangkan.
Tapi,
beliau tidak pulak menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa antara
sebab sukarnya menghapuskan jenayah kerana terdapat orang-orang atasan dalam
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai hubungan rapat dengan kepala-kepala
kongsi gelap. Hey! mulut. Tak ada insurance langsung lah Musa Hasan ni!
Lantaklah.
Penulis pun peduli apa. Barangkali, Tan Sri Musa Hasan gatal mulut kut...sebab
itu Hishamuddin dan Ketua Polis Negera, Tan Sri Ismail Omar, buat selamba saja...
Yang
penting rakyat selamat!
Jagindas: Mata asyik
gatal-gatal. Ingatkan resdung mata rupa-rupanya cacing dah naik ke mata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.