DARI KIRI: Dr. Maza dan Jahya Iskandar |
Apabila Orang Keliru,
Anda Seru!
SECARA PERIBADI, saya tidak berminat
lagi untuk membicarakan hal-hal berkaitan penggunaan kalimah Allah dalam
kitab-kitab dan media-media dakwah lain bukan agama Islam terutamanya penganut
kristian yang berlandaskan al-kitab atau kitab Injil. Kerana, isunya amat jelas
dan sudahpun diperakui oleh segenap umat Islam di negara ini hatta rantau asia
pun. Fokusnya, kita bercakap Islam dalam konteks negara Malaysia yang kelompok
manusianya adalah majmuk. Majmuk budaya, agama dan sosialnya.
Namun,
apabila membaca ulasan daripada Paderi Jahya Iskandar .(Indonesia), penulis teringat
akan kandungan ceramah Dr Maza (Ustaz Asri- bekas mufti Perlis) yang dipapar
oleh The Malaysian Insider pada 17
Jan lalu
Penulis
pun kadang-kadang naik tidak faham akan Ustaz Asri ini. Dalam banyak hal,
beliau menampakkan sebagai orang yang berkecuali dan dan semata-mata berpegang
kepada ketetapan yang terkandung dalam Quran dan Hadis. Sifatnya yang begitu
bagi penulis adalah sesuatu yang jelas dan tidak boleh dipertikai.
Alhandulillah!
Pun
begitu, ada ketikanya pula kenyataan beliau seperti mengelirukan atau lebih
tepat penulis anggapkan beliau sengaja mencipta kekeliruan yang dengan itu barangkali
membolehkannya berpolemik lebih jauh sekali gus menonjolkan dirinya adalah
orang yang mengetahui segala-galanya. Teringat penulis sebuah sajak karya Latif
Muhidin berjudul "Songsang" - '...orang
duduk, aku berdiri....' (dengan izin)
Justeru,
dalam isu penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk orang Islam, cuba baca dengan
teliti kandungan kedua-dua laporan media tersebut. Apa kata Jahya Iskandar di sini dan bagaimana pula kata ilmuan Dr
Maza (ustaz Asri) di
sini.
Umumnya yang
dahulu itu, dahululah. Dan kitab Al-Quran adalah penutup segala kitab-kitab
terdahulu.
Sebelum ini
Uztaz Asri mempertkaikan penggunaan kata "Allah" dalam lagu-lagu
patriotik negeri dan kebangsaan. Atas isu itu, katanya senikata lagu tersebut
juga perlu digubah semula atau orang bukan muslim perlu ada senikata lagu lain
yang tidak ada perkataan Allah di dalamnya. Kita bercakap tentang kitab dan
media-media dakwah bukannya lagu atau lencana-lencana uniform dan sebagainya.
penulis pernah komen pandangannya itu di sini.
Jagindas: Fikir
sendirilah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.