Sabtu, 16 Februari 2013

PAKAI OTAK LAA..

Sebelum Otak Anda Dimatikan 

MINGGU LEPAS, kira-kira 10,000 orang membabitkan pelajar, belia dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Charuk Batang Padi, Tasik Pedu bagi melihat sendiri keadaan kawasan gondol akibat pembalakan yang tidak terancang yang dilakukan dengan berleluasa di Kedah  (di sini).
            Penulis tidak berhasrat mengulas lanjut kes tersebut berikutan ia sememangnya sudah menjadi pengetahuan dan kemarahan umum terhadap peristiwa penggondolan tersebut khususnya terhadap Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak yang begitu degil mempertahankan aktiviti yang 'tidak bermoral' itu. Kelantan pun sama juga!
            Apa yang penulis suka menerusi kempen selamatkan muka bumi Kedah itu adalah tulisan pada 'sticker' (gambar) dan baju T yang diedarkan kepada peserta himpunan tersebut.
            "Pakai Otak La.." bukan sahaja sesuai ditujukan kepada kaum perakus yang menggondolkan hutan di Kedah itu termasuk Menteri Besar dan konco-konconya, malah frasa itu juga amat sesuai ditujukan kepada mereka yang masih tidak menggunakan otak dalam kamus kehidupan mereka.
            Para majikan, pekerja, orang awam, ulamak-ulamak, para cendikiawan, ilmuan-ilmuan, yang makan di pinggan minum di cawan, yang mana masih tidak mahu atau tidak tahu menggunakan otak mereka, maka wajar dan sesuai amatlah golongan berkenaan di hadiahkan frasa tersebut.
            Ada info daripada kajian perubatan mengatakan manusia disahkan mati apabila otaknya 'mati' biar pun ketika itu jantungnya sudah berhenti berdegup. Mengambilkira fakta ini betul, lihatlah betapa besarnya nilai dan kuasa 'otak'.
            Jangan kepala saja besar tapi otak kosong. Tapi, kalau Besar Kepala pun menyusahkan juga. Barangkali, puak yang besar kepala ini juga adalah manusia yang tak guna otak kut, walaupun dia seorang lawyer, doktor mahupun jurutera!

Jagindas:  Jangan marah ha, yang dulu-dulupun kalau bab-bab balak ni memang banyak yang lupa pesanan Allah Taala..! Jadi jangan lupa, Pakai Otak La...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.