Jumaat, 15 Februari 2013

KHALWAT, ZINA, ARAK DAN JUDI

"indahnya saat itu..."

(renungan pagi Jumaat 15 Feb.2013)
Pegawai Penguatkuasa Jangan Main Syok-Syok Tangkap Orang aje...

CERITA di akhbar Harian Metro semalam ini yang memaparkan budak lelaki 13 tahun ditangkap kerana berkhalwat dengan seorang wanita berusia 20-an tidaklah mengejutkan penulis berikutan kehidupan kucar kacir masyarakat Islam hari ini memang terpampang nyata di sini
            Justeru, apa yang menarik perhatian penulis adalah kisah pegawai yang menangkap (di seluruh negara) dan kisah orang ternama (berprofail tinggi) yang ditangkap. Apa yang menariknya?
            Perihal pegawai yang menangkap. Ramai dari kalangan pegawai yang menyerbu dalam satu-satu oprasi bersama jabatan agama dan lain-lain pihak berkuasa adalah terdiri daripada kakitangan awam dan orang biasa yang berdaftar dengan jabatan agama sebagai pegawai pencegah maksiat.
             Ada sumber menyatakan, setiap serbuan dan tangkapan yang dibuat, kononnya pegawai-pegawai pecegah maksiat tersebut akan diberikan 'imbuhan' - boleh tahan juga nilainya, wallah hu'allam.
            Soalan pertama, apakah sebenarnya fungsi agensi pencegahan maksiat (jabatan agama) ini? Mencegah aktiviti maksiat (khalwat, zina dan sebagainya) atau menangkap pelaku maksiat tersebut setelah berlakunya atau paling tidak melakukan mukadimah zina (haram)?
            Kalau tugas utamanya mencegah berleluasanya berlaku aktiviti maksiat, kenapa tunggu sehingga 'selesai' pemaduan asmara baru ditangkap? Mengapa tidak dicegah sebelum asmara belaku? Tidakkah itu bermaksud memang nak tangkap kan? Sebab, kalau tiada tangkapan dibuat maka tiadalah 'imbuhannya'! Begitukah?
            Kalau pula tugas utama agensi itu adalah menangkap pelaku maksiat, ada dua soalan yang perlu difikirkan bersama: pertama, mana lebih penting mencegah atau menangkap? Lalu, setakat mana pula usaha-usaha mencegah sudah dilaksanakan?
            Kedua, apakah status pegawai-pegawai pencegah maksiat yang berdaftar dengan jabatan agama Islam yang ditugaskan atau dibawa bersama melakukan tangkapan terhadap pasangan terbabit?
            Kenapa pula masalah status ini penulis persoalkan: Kerana, ramai juga (bukan semua) pegawai pencegah maksiat itu yang bergelumang dengan maksiat. Sama saja. Ada antara mereka yang kaki perempuan tetapi mereka tidak main di dalam negeri sebaliknya memilih negara luar seperti Thailand dan Indonesia.
            Malah ada juga kalangan mereka yang kaki judi, kaki arak dan kaki joli. Maknanya, selain bangga dengan tugas tangkap menangkap orang berkhalwat, minat mereka itu juga disebabkan dibayar imbuhan. Lagi satu, geng ini memang minat nak 'tengok' kelaku pelaku maksiat tersebut.  Dapat tengok tuala basah, tilam basah, perempuan separuh bogel (atau bogel sepenuhnya) dan macam-macam hal lagi.
            Ada juga kalangan pegawai terbabit bertaraf ustaz, guru agama dan imam tetapi meluat pula bila melihatkan gelagat mereka itu begitu seronok dan megah menceritakan babak-babak aib pasangan yang mereka sergah kepada khalayak.
            Justeru, bolehkah orang yang melakukan kerja-kerja fasik dan berpura-pura 'baik' ini menjadi saksi kepada kes-kes tersebut?
            Beria-ia benar menangkap pasangan berkhalwat, namun berjuta orang Islam mengadu nasib di kedai-kedai ramalan nombor ekor (Magnum, kuda dan toto) tetapi entah mana-mana ada seorang dua yang terkena tangkap! Fikir-fikir kembali kenapa kes khalwat dan zina yang diberi tumpan sangat? Demikian juga yang kaki botol di kelab-kelab malam, apakah agensi terbabit benar-benar telah menjalankan tugasnya sehingga tempat-tempat begitu disahkan 'putih' daripada dikunjungi oleh orang Islam?
            Seperkara lagi, bagaimana dengan kes-kes manusia yang berprofail tinggi. Walaupun sudah heboh satu Malaya orang memperkatakan hal-hal sipolan itu, namun ada yang sehingga sekarang langsung tidak ada sebarang berita. Maksudnya, senyap sunyi seolah-olah tidak ada apa yang berlaku ke atas makhlok itu.
            Maaflah, bukan maksud penulis membela nasib mereka yang ditangkap kerana melakukan khalwat dan persetubuhan haram. Kalau unit agensi berkenaan mahu melaksanakan pembenterasan aktiviti maksiat, maka kenalah buat seluruhnya dan tidak berpilih-pilih.
            Selain itu,  mereka yang menjadi 'tukang tangkap' pula hendaklah di tapis status peribadinya supaya badan itu dipandang mulia serta tidak menimbulkan fitnah. Apalagi dalam hal-hal berkaitan saksi kepada kes. Apa kedudukan sesuatu dakwaan dalam syarak jika saksinya adalah saksi fasik?
            Kemusykilan seperti ini samalah juga apabila pihak berkuasa bertegas benar menangkap orang Islam yang makan di khalayak waktu siang ketika bulan Ramadhan. Agak pelik juga, sebab berapa ramai orang Islam yang tidak menunaikan rukun Islam kedua (sembahyang lima waktu) dengan sengaja dan bersahaja tidak pula ada sebarang tindakan yang dibuat! Nampaknya, rukun ke tiga lebih utama berbanding rukun Islam ke dua.
              Justeru, jika tugas kita benar-benar menepati sasaran dan prosedur dunia dan syarak, tentulah semua lapisan rakyat (termasuk yang bukan Islam) angkat topi kepada kita.
              Dan kepada orang-orang Islam, jika jahat (maksiat) juga jalan yang anda pilih, tak payahlah nak menunjuk-nunjuk kelaku beruk tu!

Jagindas:  Cermin diri dan keluarga dulu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.