Jumaat, 26 Julai 2013

RATU CANTIK DIFATWAKAN HARAM

Bina Badan, Akuatik, Gimrama - Macam mana?

GAMBAR HIASAN
BUKAN perkara baru, tahun 1993 dan 1996 telah diwartakan sebagai fatwa mengharamkan sesiapa saja wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik yang jelas didalamnya mendedahkan tubuh badan adalah haram. Islam, di situ tidak kiralah sama ada Islam keturunan, kacukan dan sebagainya. Yang pasti dia mengaku dan pasti bahawa dia beragama Islam. di sini.
            Makanya, tertakluklah dia kepada fatwa tersebut. Dan baru-baru ini, kes yang sama timbul kembali apabila 4 orang perempuan muslim berhasrat keras menyertai pertandingan itu diperingkat dunia. Makanya, sekali lagilah mufti memperingatkannya...dan dibalaslah dengan 1001 alasan pula...(di sini)
            Bagi penulis, itu jelas. Hukum tetap hukum. Syarak tetap syarak. Cuma, terhitung di hati penulis adakah fatwa ini adil dari segi konsepnya terhadap manusia Islam lain sejagat. Pakaian, pendedahan aurat, menimbulkan fitnah, syak, syahwat dan sebagianya. Kerana, dalam konteks ratu cantik ini, tentulah yang menjadi perkara pokok bukan memperagakan wajah yang cantik tetapi lebih kepada masalah aurat wanita. Demikian juga dengan aurat lelaki.
            Maksud penulis, bagaimana dengan pertandingan ratu bina badan (lelaki dan wanita). Dari segi aurat, memang jelas kelakuannya mendedahkan aurat. Dari segi penonton pula, memang tidak mengehadkan lelaki dan perempuan bahkan dipaparkan ke atas semua media secara terbuka.
            Sehubungan itu juga, bagaimana pula dengan ratu renang, sukan akuatik, gimrama? lihatlah pakaian renang perserta-persertanya. Sejauh mana "aurat' itu difahami - adakah sekadar menutupi atau bagaimana dengan yang menampakkan dengan jelas susuk tubuh dan perkakas hiasan badannya? Apakah lelaki dan wanita yang melihat sukan itu langsung telah mengetepikan nafsu syahwatnya? Hahahaha......mustahil. Pak imampun tersengeh dibuatnya!
            Justeru, kepada para pemfatwa, penulis berharap kes-kes seperti ini juga sewajarnya jelas dipertimbangan tuan-tuan agar sesuatu fatwa itu yang berkiaskan kepada aurat dan susuk tubuh atau perihal yang mengasyikan serta menimbulkan fitnah melampau tidak dipermainkan atau dispersendakan oleh pihak lain.
            Sekarang pun, sudah ada suara daripada jabatan agama Islam yang marah sesuatu pihak mempersendakan fatwa yang dikeluarkan itu. Biarpun atas alasan lain, namun ia sudah dipersendakan.
            Ini kerana, buruknya ratu cantik itu dikaitkan dengan pakaian mandi dan yang seumpama dengannya. Jadi, apa bezanya dengan wanita Islam yang menyertai pertandingan renang atau sukan ekuatik dan gimrama. Begitu juga dengan sukan bina badan (lelaki mahupun wanita).
            Apakah fatwanya yang jelas mengenainya?? Sebelum ini penulis ada mempersoalkan sedimit mengenai aurat wanita tentang suaranya yang sampai sekarang pun masih berbelah belih keputusannya (baca di sini).
            Maaflah kepada pihak yang berkenaan, tulisan ini bukan bertujuan mempertikai fatwa yang telah diputuskan, cuma melontarkan ide setelah ada pihak yang merasakan ia perlu diperkemaskan lagi. Dengan cara itu adalah difikirkan umat Islam dimaklumkan dengan jelas batas-batas yang mencakupi sesuatu fatwa yang telah diputuskan itu.
            Haram, tetap haram. Tiada syak di atasnya!


Jagindas: Suka pakai seluar pendek tiga suku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.